Friday, June 4, 2010

Nasi goreng udang kering

Menu balik kerja, kalau dah kesuntukan masa.balik rumah pun dah dekat pukul 7 malam.masak apa yang senang.



1)5 ulas bawang merah , 2 ulas bawang putih ngan 1/2 inci kunyit ditumbuk.(kunyit saja je nak bagi kaler nasi goreng kuning sikit)
2)3 atau 4 biji cili besar ditumbuk
3)telur 2 biji
4)udang kering tumbuk(kalau nak sedap tumbuk udang kering banyak sikit) itu pun terpulang , ikut banyak nasi yang korang nak buat.





Tumis bawang tumbuk dulu sampai naik bau.Masa menumis seelok-eloknya, perlahankan api.lepas tu baru tumis cili masak tumbuk.cili tumbuk dah garing, baru masukkan udang kering.kemudian ketepi bahan tadi , pecah teur 2 biji kat tengah.kacau telur sampai garing, baru masukkan nasi.bila masuk nasi, api kena kuatkan.tapi jangan tak kacau, nanti melekat pulak.sambil mengacau, masukkan kicap cair penganti garam.Bukan saja kicap cair penganti garam, tapi boleh membuatkan masakan jadi lebih sedap dan berbau wangi.




nasi goreng udang kering dah siap , sedap dimakan panas-panas.




Simontel tengah khusyuk makan nasi goreng.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina