Wednesday, May 26, 2010

Sakit pinggang punya asam tumis.



Bendi, daun kari, air asam jawa

cili mesin

1)1 inci halia
2)bawang putih 3 ulas
3) bawang merah 4 ulas
4)15 tangkai cili kering





1) tumis daun kari sampai naik bau
2) tumis pulak cili mesin,sampai naik bau dan pecah minyak.Untuk menentukan asam tumis yang terbaek, kena masak cili sehinga betul-betul naik bau.bawang ngan cili kering pun mesti sama-sama balance.kalau bawang terlebih sangat, nanti kuah asam tumis terlampau rasa bawang.asam tumis memerlukan air asam jawa yang pekat.kadang-kadang ada sesetengah asam jawa, megandungi garam .kalau dapat asam jawa cam tu, jangan letak garam yang terlalu banyak.kalau kuah yang korang buat dah terlebih masam, tambah sikit gula, bagi mengurangkan masam.

Berceloteh panjang pulak , lupa pulak kat kuali cili dah garing.okey , lepas tu bolehlah korang letak air asam jawa.biarkan kuah tadi betul -betul mendidih. lepas tu boleh letak bendi.Mungkin korang terperanjat, kalau aku kata aku letak bendi dulu.selalu bendi korang letak kemudiankan.
Aku letak bendi, takut ikan nanti terlebih lama pulak kena masak.Nanti kemanisan ikan hilang.Selang beberapa minit, baru masukkan ikan. Kalau boleh kecikkanlah api ,masa masukkan ikan.



ikan tirusan ni tawar sikit, jadik kalau masak asam tumis, okeylah.




Cam mana terliur tak, asam tumis sakit pinggang?kwang kwang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina