Sunday, May 2, 2010

Semuanya desert



Semalam aku buat kastard labu.belah labu kuning macam firdaus tunjuk kat atas tu .




mesin santan dari satu biji kelapa ngan gula pasir dan 5 biji telur.Biarkan buih turun dulu.




Selepas semua buih turun, masukkan bahan yang dimesin kedalam labu. kukus sampai masak.



saja je nak layan penutup dia pun aku kukus.




kastad labu yang dah masak, boleh dimakan sejuk gak.




daun pisang aku potong sama besar.

Semalam lepak-lepak kat umah, tunggu anak datang pun tak datang.dorang tengah sibuk.aku teringat pulak tapai pulut mak.daun pisang pun ada pengasuh firdaus kasi hari tu.Ragi memang aku dah beli minggu lepas. keluar jap beli pulut.kalau tak de daun pisang, bubuh dalam bekas plastik pun boleh.




Aku buat ni pakai 1/2 kilo pulut.korang rendam pulut selama 2 jam dulu.Ragi 3/4, aku campur gula pasir sikit.kalau tak taruh gula pun tak pe.



campurkan keduanya dan lumatkan.



pulut tadi dah boleh masak dalam rice cooker.air separas beras pulut.



sejukkan pulut yang dah masak dalam talam.biarkan pulut betul-betul sejuk.




taburkan serata ragi yang dah dilumatkan tadi.



cedukkan sikit kedalam daun pisang.




sematkan dengan lidi.




okey ini hasil yang aku dapat dari 1/2 kilo pulut. biarkan selama 2 atau 3 hari, baru boleh dimakan .Kalau dah jadik baru simpan dalam fridge ,boleh dimakan sejuk.




ni tapai yang 2 hari aku simpan.tak sampai 3 hari dah boleh makan.nyumm nyumm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina