Tuesday, May 18, 2010

Tukar resepi lagikkk....

Experimen malam tadi, masih lagi ngan muffin pisang. keputusan lebih berjaya.kwang kwang.




fresh milk 5o ml, telur 2 biji, essen banana ngan butter 150 grams.




gula castor 120 grams, tepung 250 gram diayak bersama 1 teaspoon baking powder ngan 1/2 teaspoon soda bicarbonate.Pisang berangan (free Ana kasi) 7 ketul di ramas sederhana.




Pukul butter ngan gula sampai kembang.Masukkan telur sebiji demi sebijik sambil mengacau adunan.Jangan lupa masukkan sedikit essen banana.Bila dah sebati masukkan fresh milk sedikit demi sedikit.kacau lagi sampai gebu.masukkan tepung.kacau lagi.last kali baru masukkan pisang.kacau sekejap je.Tak nak bagi pisang hancur sangat.Nanti kalau dah bakar , biar nampak ketulan-ketulan pisang.




Bakar 20 minit suhu 180 darjah celcius.




Siap.tapi kali ni aku puas hati ngan experimen aku.Tapi sorry Annoy ngan Ratu kebaya tak de habuan.Aku buat semua 15 ketul.4 ketul untuk Ana.Tengah malam ada orang curi makan 4 ketul.ko tahukan sapa. Aku bawa 4 ketul, dalam kereta bagi jiran ngan anak dia.





Rasai kemantapan Muffin pisang aku.tengok tangan montel tu tunjuk apa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina