Monday, May 17, 2010

Tumis atas darat



Setiap hari minggu dapat sayur free dari Ana.Pisang selalu gak dia bagi.Tu yang aku gigih menghabiskan pisang, buat kek ngan muffin.semalam pun ada pisang , banyak betul.Sayur pulak, selalunya pucuk paku, kangkung ngan pucuk ubi.Semalam terselit pulak batang keladi.Dah lamanya tak masak batang keladi masak asam rebus.Dulu arwah mak , kalau masak ni dia buat tumis atas darat.






Bahan nak masak kuah asam batang keladi ni, daun kesum, cili kering 6 tangkai mesin ngan bawang putih 2 ulas ngan bawang merah 4 ulas.




tumbuk ikan bilis, air asam jawa(asam keping pun boleh, tapi asam keping aku dah habis.Aku tibai je asam jawa.Bawang merah racik tu nak buat tumis atas darat nanti.




lebur semua bahan kecuali batang keladi.masak sampai mendidih.masukkan garam ngan gula sedikit.Last sekali masukkan batang keladi.(tapi kalau korang nak hilangkan gatal batang keladi tu, bolehlah celur dalam air panas sekejap, batang keladi tu.style arwah mak cam tu.Tapi ni aku malas, tapi batang keladi yang aku masak ni tak gatal.




Okey kuah tadi dah masak , tutup api. Dikuali lain goreng bawang merah racik sampai garing.




Bila dah garing, masukkan bawang goreng tadi tu terus dalam kuah asam batang keladi.



Itulah dinamakan masak asam batang keladi tumis atas darat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina