Tuesday, June 1, 2010

Carrot muffin

Hari tu ingat tak?, aku cerita yang aku ada goreng mee black pepper kat sini.
Aku guna baby carrot, tapi aku guna sikit je.Jadi ada balance, baby carrot ni tak tahan simpan lama.Tak macam carrot yang besar tu.Jadi, sebelum baby carrot rosat, aku potong kecik-kecik, dan blend kering.Dapatlah carrot puree lebih kurang 250 grams.Apalagi aku pun fikir nak buat carrot muffin.





carrot puree




1) telur 2 biji
2) butter-125 grams
3)1/2 teaspoon ground cinnamon
4) essen vanilla




Sift tepung gandum 250 grams , 1/2 teaspoon ground cinnamon, 1 teaspoon baking dan 1/2 teaspoon soda bicarbonate.




Pakai sudip kayu lagi gitu. selagi tak dapat lengan idaman, selagi tu guna sudip kayu nak kacau.khe khe .

1) pukul butter ngan gula sampai kembang
2) masukkan telur sebiji demi sebiji sambil mengacau adunan
3)Dah betul -betul sebati , baru masukkan tepung yang dah diayak tadi, sedikit demi sedikit, sambil mengacau lagi.
4)last sekali , masukkan puree carrot.kacau sekejap je.





Simontel ni ada je nak mengacau.



Bakar dalam suhu 190 darjah celcius selama 20 minit, api bawah .




Cam mana gebu geban tak carrot muffin aku? Kalau suka sebelum bakar boleh tepek kat atas muffin tu pecan atau walnut cincang.




Tengoklah tangan simontel yang kat tepi tu, sedang menghendap carrot muffin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina