Tuesday, June 1, 2010

Daun salam part 2

Daun salam kali ni dimasak ngan labu kuning.



belah kiri : bawang merah 2 ulas tumbuk ngan 1/2 inci kunyit
belah atas : 5 atau 6 helai daun salam
belah bawah : udang kering tumbuk
belah kanan sekali : serbuk lada hitam-.(Kerap kali kalau kita hendak masak mengunakan apa jenis labu, digalakkan letak lada hitam sedikit, bagi membuang angin didalam badan)



1)labu kuning dikopek dan dipotong sederhana besar.
2)santan dari 1/2 mangkuk




Jangan terkejut, aku ni jenis suka masak kuah dalam kuali.senang nak kacau.lepas masak baru salin dalam periuk atau mangkuk.masukkan semua bahan tadi dalam kuali, kecuali daun salam.kuah hendaklah sentiasa dikacau, supaya tak pecah minyak.Bila labu kuning dah dekat empuk, baru masukkan daun salam ngan garam.





Labu kuning masak lemak bersama daun salam.Makan dengan nasi panas bersama ikan masin.sesuai sangat.Apa pun yang penting kena jaga kesihatan ye.Berhenti makan sebelum kenyang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina