Tuesday, June 22, 2010

Ikan Pari sambal



Sambungan bab ikan pari tadi.Basuh ikan pari ngan air asam jawa sikit.garam kunyit dan goreng.Ikan pari ni nak masak sambal pulak.Kalau suka boleh buang kulit putih ngan hitam tu.



Sudu ni adalah untuk kegunaan memasak.belakang sudu ada tertera beberapa sukatan 1 teaspoon, 1/2 teaspoon ngan 1 tablespoon.Jadi , belilah sudu cam ni.murah je .




1)20 tangkai cili kering dimesin ngan 3 biji bawang merah kecil.
2)asam jawa dibancuh ngan 150ml air
3)1 biji bawang besar dipotong nipis-nipis




Tumis cili mesin sampai pecah minyak.kemudian, masukkan air asam jawa.letak 1/2 teaspoon garam.Kalau masam sangat, tambahkan sedikit air.Biar cili betul-betul masak.masukkan 1 1/2 tablespoon gula ngan secubit kecil perasa.




Cili dah betul-betul masak, masukkan ikan pari goreng tadi bersama bawang besar.Kacau-kacau, boleh terus angkat.




Ikan pari sambal sedap makan ngan nasai panas.nyum nyum .Lieya mata kucing , Ratu kebaya , ngan CT Fad Blues ,tunggu resepi asam tumis ikan pari esok ye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina