Tuesday, June 15, 2010

Kek Nescafe



1)300 grams-Self Raising Flour

Bahan utama semestinya Blue Key Self Raising Flour company tempat kerja punya.Kalau tak de Self raisng flour, ayakkan tepung gandum 250grams ngan 3 sudu besar baking powder sama gak cam self raising flour.



Hari minggu ari tu aku buat kek nescafe untuk Ana (Pengasuh Firdaus).Katanya nak bagi anak buah dia balik asrama.




Hari minggu ari tu aku buat kek nescafe untuk Ana (Pengasuh Firdaus).Katanya nak bagi anak buah dia balik asrama.

Bahan-bahan cam biasa

1)gula castor -200 grams
2)telur -5 biji
3) butter-250grams
4)sedikit essen vanilla-gambar botol pewarna yang lain abaikan(tukar fikiran)





1 sudu besar nescafe bancuh ngan sedikit air panas.




Mula-mula mestilah pukul gula ngan butter sampai kembang.masukkan sedikit essen vanilla.




Semuanya dah kembang, masukkan telur sebiji demi sebiji sambil memutar ngan mesin.semuanya dah sekata , masukkan pulak air nescafe tadi sedikit demi sedikit sambil memutar ngan mesin .Semuanya dah sekata, masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga selesai.Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 40 minit.




Dapatlah cilok sikit.Nanti ambik banyak tak cukup pulak SiAna tu nak bagi anak buah dia. Selalunya aku suka buat kek tanpa icing.Anak ngan laki aku tak suka sangat kek icing, tapi kalau kek cheese laju je.kwang kwang kwang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina