Wednesday, June 9, 2010

Nasi goreng kampung



ikan bilis kuning ni memang peberet aku.kalau goreng dia ranggup.bawang merah 5 ulas, bawang putih 3 ulas ditumbuk.5 tangkai cili kering ditumbuk(kalau nak senang di tumbuk, rendam ngan air panas dulu)


Nasi goreng memang peberet seisi keluarga.lebih-lebih lagi dimakan waktu pagi bawak sampai tengahari.itulah kalau kemalasan nak masak, bawak sampai tengahari.




bahan yang dah ditumbuk.




nasi sejuk, tak kiralah minggu lepas ke atau 2 atau 3 hari lepas, janji simpan dalam peti sejuk.jangan pulak bulan lepas punya, memang dah sah korang nak kena sepak sampai KLCC.khe khe .




kicap cair, telur 2 biji ngan 2 sudu besar osyter sos.




1) tumis bawang tumbuk sampai naik bau
2)masukkan ikan bilis ngan cili tumbuk tadi.tumis sampai pecah minyak.kuakkan semua ketepi kuali, pecahkan 2 biji telur kat tengah. masakkan telur sampai garing.





masukkan nasi sejuk.kacau sampai sekata ngan bahan tumisan tadi.masukkan osyter sos ngan kicap cair penganti garam.kacau lagi, biar kicap cair ngan osyter sos sebati bersama nasi.





Nasi goreng kampung sedap dimakan panas-panas.lagilah kalau ada ayam goreng mencongkam, tak gitu.kwang kwang kwang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina