Tuesday, June 8, 2010

Pulut kuning



1)Dimesin
halia 1 inci
bawang merah 7 ulas
bawang putih 3 ulas
serai 4 batang

2)santan kelapa 1/2 biji

3)rempah kering
daun kari-sorrylah, daun kari baru nak tumbuh
rempah campur
kayu manis
bunga lawang

4)rempah basah-bancuh ngan air
5 sudu besar rempah kari daging-peberet rempah(Alagapas ataupun babas)
2 sudu besar serbuk cili(babas)


Sambungan dari harijadi firdaus yang ke 5 tahun, korang mesti ingatkan, setiap kali harijadi firdaus aku mesti buat pulut kuning sikit, korang cuba baca kat sini. Nak bagi jiran yang terdekat.Tapi kali ni terbuat sikit pulak.jiran depan tak dapat.jiran bersebelahan je yang dapat.minta maaflah ngan jiran depan.Pulut makan ngan kari ayam .Tak tahu nak cakaplah.kari ayam ni cam rendang sikit.




kentang potong baji




tumus rempah kering sampai naik bau.lepas tu masukkan bahan yang dimesin.tumis lagi sampai pecah minyak.kemudian masukkan rempah basah yang dah dibancuh ngan air. tumis lagi sampai naik bau.




Masukkan pulak ayam yang dah digaram kunyit.biar ayam sebati ngan rempah tadi.Ayam dah kecut, baru masukkan santan dan kentang.Tambah air lagi dalam kuah.Jangan risau kuah jadi cair, sebab kentang nanti akan memekatkan kuah.Biar kuah masak, sampai kentang betul-betul empuk.perasakan ngan garam.boleh campak 2 keping asam keping.Bukan nak terlalu masam macam kari ikan, tapi nak balancekan rasa kuah tu.bubuh gula satu sudu besar sebagai ganti serbuk perasa.





Kari ayam rendang cam mana,.boleh ke nama gitu?




pulut rendam ngan air kunyit 5 atau 6 jam.kukus sampai masak.lepas tu baru gaul ngan santan pekat yang dah dibubuh garam .




Birthday boy tengah makan pulut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina