Thursday, June 17, 2010

sambal cili basah



Menu malam tadi ikan kembung goreng sambal .cili basah tu cili masak.saja je nak bagi gempak.kwang kwang.

resepi :

1)5 biji cili basah atau besar dimesin kering
2)5 biji bawang merah kecik ditumbuk
3)sedikit air asam jawa




ikan kembung goreng 5 ekor je.




tumis bawang tumbuk sampai naik bau, lepas tu masukkan cili basah tadi .tumis sampai pecah minyak, kemudian bolehlah masukkan air asam jawa. Biar cili betul-betul masak, last sekali bubuh 2 sudu gula ngan sedikit garam sebagai penambah rasa.Jangan lupa, sebelum angkat masukkan hirisan bawang besar.




ikan kembung cili basah dah siap. Makan pulak ngan masak lemak suhun , fucuk kering dan tempe.




1)rendam fucuk kering ngan suhun
2)tempe potong kecil, dan goreng.(kalau tak goreng pun boleh).Selalunya kalau aku masak kuah lodeh , tempe atau tahunya aku mesti goreng dulu, supaya rasanya lain sikit.kalau tak caya , cubalah
.
kalau suka boleh letak sayur kacang panjang atau kobis.



masukkan santan dari 1/2 biji kelapa bersama hirisan dari 2 biji bawang merah kecik ngan sedikit udang kering tumbuk.kuah mesit dikacau selalu supaya tak pecah minyak.




kuah dah mendidih, bolehlah masukkan tempe goreng, fucuk kering dan suhun.bubuh garam sebagai penambah rasa.




makan ngan ikan kembung sambal tadi.okey.wa cau nak makan.muahh muahhhh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina