Friday, June 18, 2010

Sambal kerang petai ngan Goreng sawi putih comel



kerang gorila banyak ni 1 kilo RM4

Boleh gitu sambal kerang petai.menu malam tadi.sukahatilah.kerang petai.kwang kwang





1) 15 tangkai cili kering mesin ngan 3 biji bawang merah kecik.
2)asam jawa 150ml
3)1 labu bawang bawang bombay-hiris nipis-nipis





kerang rebus sekejap dan kopek, keluarkan isi.kalau suka boleh potong 3 supaya tak liat .isi petai digoreng, supaya rasanya tak maung bila dimasak sambal.




tumis cili mesin sampai pecah minyak, kemudian masukkan air asam jawa.biarkan sambal betul-betul masak.masukkan petai pulak diikuti ngan isi kerang.Bubuh gula 2 teaspoon ngan garam 1/2 teaspoon sebagai penambah perisa. kalau suka boleh letak serbuk perasa secubit kecil.Jangan masak kerang ni terlalu lama, takut liat.Kebanyakan seafood yang bersaiz besar seperti sotong ngan kerang , isinya liat kalau masak terlalu lama.



Sambal kerang ngan petai dah sedia untuk dimakan.




sawi putih kecik dibelah 2 atau 3.basuh dan sejatkan airnya.




1)4 biji bawang putih hiris nipi-nipis
2)2 sudu besar osyter sos
3)ikan bilis ikut suka




panaskan minyak, tumis ikan bilis sampai naik bau, kemudian naikkan ketepi kuali.tumis pulak bawang putih sampai naik bau.




masukkan sawi putih tadi .kacau dan balikkan, masukkan pula osyter sos tadi.kacau sekejap.sebelum angkat masukkan air sedikit.Jangan tambah garam dan perasa.osyter sos dah cukup sebagai perasa.





goreng sawi putih dah siap untuk makan malam.





Makan pulak bersama Tenggiri jeruk. Jangan marah pinggan besar, ikan kecik je.kwang kwang kwang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina