Friday, June 11, 2010

Tepung cap sauh



gambar dari kilang

Aku dari dulu memang guna tepung cap sauh.tepung ni boleh buat biskut, kek, kuih muih dan macam-macam lagi.Bukannya nak promo company punya barang, tapi aku memang cakap yang betul, aku suka guna tepung ni je.Buat apa saja, kuih muih , biskut, kek semua menjadi , kalau kena ngan cara pembuatannya.

korang pakai tepung apa?


pagi tadi buat cucur ikan bilis guna tepung cap sauh.



bawang besar ngan ikan bilis ditumbuk.





tepung gandum cap sauh 400 grams
1 teaspoon baking powder
telur 1 biji
1/2 teaspoon garam
bawang besar bombay tumbuk 1/2 biji
ikan bilis kuning 1/2 mangkuk kecik ditumbuk
kalau suka boleh letak secubit perasa

gaul semua bahan-bahan mengunakan air suam.biar 10 minit baru digoreng.





Tunggu minyak betul-betul panas, baru masukkan bancuhan cucur ikan bilis.




cucur ikan bilis mengunakan tepung cap sauh sedap dimakan bersama sos buatan sendiri.




6 tangkai cili kering direndam ngan air panas dan dibuang biji.
2 ulas bawang putih




mesin semua cili bersama bawang putih tadi.




masakkan cili mesin tadi bersama 2 sudu besar cuka, 5 sudu besar gula ngan secubit garam.lepas tu masukkan 1 sudu besar bancuhan air tepung ubi.




sos yang boleh dimakan bersama cucur ikan bilis tadi.boleh dibuat sebagai sarapan pagi mahupun minum petang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina