Monday, July 19, 2010

Belaian mesra





Belaian mesra haruslah diberikan pada ikan ni sebelum digoreng.usapkan ikan yang dah dibersihkan ngan sedikit garam ngan rempah kari.usap lembut didalam ikan hingga keluar ikan.barulah ikan yang korang goreng jadi sodap.





perapkan beberapa jam sebelum digoreng.





Ikan yang dah siap digoreng ni akan dimasak sambal cili yang kering.






1)5 biji bawang ngan 3 ulas bawang putih ditumbuk

2)15 Tangkai cili kering diblender kering




Tumis bawang tumbuk sampai naik.kemudian masukkan cili yang dah diblender kering tadi.perlahankan api, supaya cili tak hangit.masukkan asam jawa sedikit.bubuh garam ngan gula sebagai penambah rasa.





Tuangkan cili tadi diatas ikan goreng.Lauk ni selalunya aku masak ketika hendak bersahur.memandangkan tak lama lagi puasa, jadik resepi ni preparation untuk bulan puasa yang akan menjelma tak lama lagi.
Soalan cepu emas
Kalau waktu bersahur korang prefer lauk yang kering atau berkuah?
pilihan aku lauk yang kering contohnya sardin goreng cili ke, sebab waktu pagi , aku tak lalu makan lauk yang berkuah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina