Tuesday, July 13, 2010

Capati



Hari tu ada buat karipap.inti ada balance lagi.malas nak, simpan , aku recycle buat lauk untuk cicah ngan capati.Hari pun hari minggu, dah semestinya malas nak masak.buat capati tu cadangan laki aku.Tapi bila ingat pasal capati, aku terkenang ayah.masa kecik-kecik dulu ayah suka buatkan kita orang breakfast makan capati. kenangan ayah buat capati sentiasa segar dalam ingatan aku. Sehinggalah, masa buat capati tu, aku lupa resepi, aku call ayah tanya dia.Ingatkan dia dah lupa, aku silap , dia masih ingat.bebel panjang pulak aku ni....





A)Bahan nak buat cicah ngan capati

1)2 biji cili besar
2)5 biji bawang merah kecik
3)1 batang carrot
4)1 biji tomato
5) sedikit kobis





Bahan A di racik halus seperti diatas.




B)Rempah kering

1)Rempah campur sedikit
2) daun kari




Ayam dipotong kecik-kecik.ikut suka , kalau tak nak letak ayam pun boleh.




Tumis bahan B ngan bawang , sampai naik bau.kemudian masukkan ayam, carrot ngan tomato. Ayam dah nampak kecut, masukkan rempah kari ngan air asam jawa sedikit.




Bila carrot dah nampak empuk ,boleh lah masukkan sayur kobis ngan cili.last sekali masukkan balance inti karipap tadi.




kuah nak cicah ngan capati.


Bahan utama nak buat capati



1)minyak sapi




2)tepung atta




Tepung atta lebih kurang 350 grams campurkan sedikit garam.




Bubuh minyak sapi ngan air.uli sampai jadik doh.




Buat bulat -bulat , kemudia canai.masa mencanai taburkan tepung gandum, sambil mencanai bentuk bulat.




harap maaf , tangan bukan tangan tuan punya blog, laki aku yang buat sebenarnya, aku tumpang glamour je.kwang kwang

bubuh minyak sapi sedikit dalam non stick pan.masa memasak capati, kena slowkan api dapur. slow.Letakkan kepingan capati didalam pan.sentiasa menekan-nekan dengan bunjut kain berseh atas capati tadi sambil memusing-musingkan diatas capati tadi.Terpulang pada masing-masing, sapa suka garing, masaklah lama sikit, tapi jangan lupa tekan-tekankan ngan bunjut kain tu.





Makan capati bersam kuah yang dimasak tadi.makan capati, bagus untuk kesihatan.capati kurang minyak, dan tepungnya pulak tinggi serat ngan fibre.





Cuba tengok apa kata model kita.yummy .cam nak mampos akukan, puji diri sendiri.janganlah marah, sapalah nak puji aku, kalau tak akukan.betul tak cik pah?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina