Friday, August 13, 2010

Bihun tomyam idaman

Teringin pulak nak makan bihun tomyam.selalu makan maggi tomyam.Pukul 4.30 pagi bertungkus lumus, berpeluh ketiak menyiapkan bihun tomyam.Masak tomyam ,tak ambil masa yang lama .Tapi sebab aku nak buat nasi goreng cina untuk simontel, itu yang cepat bangun tu. Ayam guna sebelah je, semalam beli kat pasar malam RM7/sekilo.



daun limau purut 2 atau 3 helai
serai sebatang dikerat 3
1 labu bawang bombay dihiris




sayurnya ikut suka korang, aku letak carrot, cendawan tiram ngan tomato.





Ayam potong kecik.





Tumis bawang ngan tomato sampai layu dan naik bau.guna sikit je minyak untuk menumis.masukkan paste tomyam ,ayam ngan carrot tadi, masak sampai kecut.




Masukkan air.




Bila kuah dah mendidih, masukkan cendawan.bubuh garam ngan sedikit gula sebagai penambah rasa.




Jemput makan , bihun tomyam.makan masa panas-panas.



Oleh kerana simontel tak suka tomyam, aku masakkan dia nasi goreng cina, lebihan nasi berbuka.



1)isi ayam potong kecil.
2)3 batang daun bawang dikerat kecil





1)bawang besar potong dadu
2)carrot potong dadu
3)telur 2 biji




Tumis bawang sampai naik bau.masukkan carrot ngan isi ayam.masak carrot sampai lembut kuak semua ketepi kuali.pecahkan telur 2 biji tadi.kacau sampai telur betul -betul masak.masukkan nasi sejuk yang dah digaul garam .




Sebelum angkat , jangan lupa masukkan daun bawang tadi.bubuh serbuk lada hitam ngan sedikit minyak bijan.



Simontel memang suka gila ngan nasi goreng cina.kalau kat luar mesti order nasi goreng cina.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina