Tuesday, August 24, 2010

Cookies pertama untuk Hari raya

Duk sini sambil membersihkan sawang-sawang kat rumah kesayangan aku ni.Dah lama benor aku tak update.almaklumlah sibuk sangat kebelakangan ni.Disertai pulak ngan masaalah yang paling banggang yang pernah aku dapat dalam hidup ni.malaslah aku nak cerita hal pekung ngan kudis ni.bak kata orang meludah ke langit kena muka sendiri gak.Betul tak?.lantak pilahhhh. cookies pertama dapat gak aku siapkan.rasanya aku dah buat 3 botol cookies, tapi yang tinggal hanya satu botol.korang rasa saplah yang makan.khe khe.tak kisahlah.dah habis, boleh buat lagi.Tak pandailah aku , macam ada orang tu, dah buat biskut, siap sorok-sorok, hari raya baru nak makan.Nak tunggu vip makan ke.Aku tak kisah, aku buat orang habiskan.Pada aku, dah makanan, memang nak bagi orang makan pun. Habis, buat je lagi.




Cam biasalah mesti tepek resepi(ini ikut kepala hotak aku punya resepi)

1)1 cup semisweet chocolate chip
2)2/12 cup rolled oat
3)2 cup raisin
4)1 tsp baking powder
5)brown sugar 280 grams
6)tepung (ikut sendiri)
7)telur 3 biji
8)250 grams unsalted butter




mula-mula campurkan tepung gandum ngan baking powder dalam satu bowl .




Pukul butter ngan brown sugar sampai kembang.masukkan essen vanilla, pewarna kuning telur sedikit.masukkan telur sebiji demi sebiji.kemudian pukul sampai kembang lagi.




masukkan tepung gandum tadi.kacau sederhana sampai tepung bergaul.masukkan pulak rolled oat ngan raisin, kacau ngan sudip kayu sederhana.




Last sekali masukkan semisweet chocolate chip.kacau lagi.




Lapikkan tray ngan kertas .gunakan 1 tsp untuk sukatan doh.leper-leperkan sedikit ngan tangan.




Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 15 minit.



sejukkan atas redai.kemudian baru masukkan kedalam botol.


CAM MANA COOKIES HARI RAYAPERTAMA KORANG?DAH SIAP KE BELUM?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina