Wednesday, August 25, 2010

Peanut butter cookies

Mulai dari semalam kemungkinan post aku semuanya berkisar tentang biskut.Masak pun selalunya yang simple -simple je...Balik kerja terus adun tepung nak buat biskut.lepas tu biarkan doh tu kat luar.Selalunya aku start buat biskut tu pukul 8.30 atau pukul 9 malam.Malam tadi cookies pilihan aku peanut butter cookies.Resepi yang ni pun aku ikut kepala hotak aku je.kalau nak ambik resepi dialu-alukan.tapi aku nak bagitahu tips yang paling penting mengenai tepung. kalau quantity tepung hanya kita sendiri yang boleh rasa atau pegang, samada doh tu okey ke tak.doh tak boleh terlalu keras, sebab tu kalau kita nak letak tepung kena sedikit demi sedkit.




1)unsalted butter 250 grams
2)telur bersaiz besar 2 biji
3)3 cup peanut butter crunchy.(tapi aku tak de yang crunchy punya, jadi aku guna yang smooth)
4)Jadi aku blender kering(jangan terlalu halus) 2 cup kacang tanah yang sudah digoreng.
5))brown sugar 280 grams
6)tepung gandum 400 grams + 1 1/2 tsp baking powder(gaul dalam satu bowl)





Mesin item 1, 3, 4, 5 sampai gebu.kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji.mesin lagi.





Campurkan bahan yang dimesin kedalam tepung.




Uli sampai doh sebati.Rehatkan doh selama 1 jam.




Sukatan 1 tbsp.bulatkan dan tekan ngan garpu.




Bakar api atas dan bawah pada suhu 160 darjah celcius selama 25 minit.




Sejukkan atas redai.




Bolehlah susun dalam bekas kedap udara.Dalam bekas ni untuk mama firdaus.




Dapat banyak jugak cookies, guna dalam 400 grams tepung.Bekas ni untuk rumah sendiri.



Model yang jarang keluar, tengah merasi kenikmatan peanut butter cookies aku yang yummmy.
mestilah puji diri sendiri.kwang kwang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina