Thursday, August 12, 2010

Sahur hari kedua

Seperti semalam aku akan mengupdate , masakan bersahur, sebab berbuka puasa memang aku tak masak.Aku makan lauk bersahur, dan ditambah ngan kuih 2 atau 3 ketul.Selalunya orang akan sebut bulan puasa, bulan pembaziran.Pada bulan puasa, kebanyakan orang berbelanja lebih.Masa dulu aku sering membazir setiap kali hendak berbuka puasa,bila pergi kepasar ramadhan, cam satu pasar aku nak beli.Tapi sekarang mungkin tidak lagi.Aku nak jadikan bulan puasa , bulan yang paling aku dapat berjimat.

Sahur pagi tadi aku bangun pukul 4.30 pagi.Ikan memang aku dah awal-awal turunkan.Cuma kopek dan bersehkan , apa yang patut. Isi ikan jenahak aku masak sweet and sour, ngan bendi goreng.





1) 4 biji bawang merah dihiris
2)udang kering
3)sedikit serbuk cili




bendi dikerat 3 dan serong





Tumis hirisan bawang merah sampai naik bau.kemudian masukkan udang kering bersama bendi tadi.goreng sampai bendi separuh layu.last sekali, masukkan pulak serbuk cili ngan sos tiram.perasakan ngan sedikit gula.




bendi goreng ngan udang kering.







1) 1 labu bawang besar dihiris
2)tomato 1 biji dibelah baji
3) sos cili(ikut suka)





1) isi ikan digaul ngan kicap cair
2)tepung jagung





Isi ikan yang dah siap digoreng




Tumis hirisan bawang besar ngan tomato sampai layu dan naik bau.




Masukkan sos cili.bubuh sedikit garam ngan gula sebagai penambah rasa.Last sekali masukkan isi ikan tadi.Kacau sekejap dan angkat.




isi ikan masak sweet and sour.




saja je nak tempek gambar simontel tengah makan durian.



KORANG ADA PENGALAMAN TAK?, BUKA PUASA MINUM AIR PAIP.BAIK KORANG CAKAP ADA KE TAK?

aku ada, sambil mandi minum air paip, masa tu sekolah rendah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina