Friday, September 3, 2010

Anugerah yang terindah

Dah lama tak cerita pasal masak-memasak.Mungkin aku terlalu sibuk ngan tugas -tugas membuat kuih, sampai tak berkesempatan nak masak.Hari-hari lauk tunjuk -tunjuk je.Subuh tadi cam angin memasak sampai.Lagi plak cam teringin nak makan lauk sardin.Cuba main masak campak-campak je.




Aku jumpa tomato 2 biji dalam peti ais, aku belah 4.Cili masak ngan cili api belah 2. tak delah pedas sangat.Bawang merah ngan bawang putih aku hiris.Jangan lupa hiris sedikit halia.




Campak semua , kecuali ikan sardin .Tumis sampai naik bau.Masukkan ikan sardin.Last sekali masukkan sos sardin tadi ngan garam dan gula sedikit.




Sardin cap ayam.malas nak goreng.





Ikan sardin goreng campak-campak.khe khe




Tiba-tiba aku nak letak gambar simontel yang tengah asyik makan aiskerim.Kadang -kadang bila kita pandang muka anak-anak kita, kita rasa itulah anugerah yang paling terindah tuhan bagi kat kita.Aku rasa korang pun dapat rasa benda yang sama.Mengandung dan melahirkan adalah 2 benda yang paling indah dalam hidup kita. Anak-anak menjadikan aku insan yang paling tabah dan sabar dalam menempuh kehidupan ni.Tanpa anak-anak siapalah kita.Buat masa ni aku masih belum memahami insan-insan yang sanggup mencampakkan bayi mereka kat mana-mana yang mereka suka.

Buat masa sekarang ni aku memang tak suka sangat dengar kes pembuangan bayi.jelak.Bagi sapa perempuan yang mengandungkan anak luar nikah tengah baca blog ni, Kalau ko rasa nak melahirkan anak ko tu, ko cuba masuk dalam hutan yang ada babi ke biawak, ko hulur jari kaki ke tangan ko, suruh babi atau biawak tu gigit.kalau ko rasa tak sakit, baru ko buang baby tu. Lagi satu ko telanjang bulat dalam hutan bak semalam 2, cam mana korasa.kalau rasa tak sejuk atau serangga tak gigit baru ko buang bayi tu.ko pergi masukkan kepala ko dalam lubang jamban, kalau ko rasa cam tak lemas, baru ko buang bayi.ko taste dulu, masukkan badan ko dalam tong sampah ke, balut badan ko dalam tikar lepas tu sangkut kat pokok.kalau semua tu ko rasa okey, baru boleh buang.

Pesanan penting : serius beb, babi pun sayangkan anak.alah nak kasi comel sikit, kura-kura pun sayangkan anak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina