Thursday, September 2, 2010

jiran tetangga 100% melayu

Jiran tetangga ni , selalunya orang cakap orang yang paling dekat ngan kita .Dari kecik sampai umur aku nak masuk separuh abad , kebanyakan jiran aku semuanya melayu.Satu tempat je aku pernah duduk dikelilingi jiran cina. itu pun tak lama sangat, cuma 5 atau 6 tahun. Okey gak hidup dikelilingi jiran berbangsa cina, dorang tak suka sangat nak ambik tahu tepi kain orang lain.Jangan salah paham ye, Bukannya aku nak kutuk bangsa aku sendiri.Tapi kenyataan.


Arwah mak memang dah ajar kami adik beradik , jangan suka campur urusan orang lain.arwak, seorang yang pendiam, bila habis kerja dia terus balik rumah buat kerja sendiri.Kalau nampak jirang-jiran, dia senyum ngan angguk kepala je.Walaupun dia cam tu, tapi bila jiran tetangga buat kenduri kendara, dia tak pernah tak pergi.Masa tu aku tinggal kat flat murah yang dikelilingi oleh jiran cina ngan India.Selalu gak dorang bising ngan bergaduh sesama sendiri.Bila aku buka tingkat atau pintu ,arwah dengan sepantas kilas cubit lengan aku.lebam gak.Dia suruh aku masuk, jangan sibuk nak campur hal orang. arwah pun tak suka, kalau dia tengah berborak ngan orang tua, aku duk menyibuk sekali, Memang sah dapat cubitan layang .

Benda yang sama gak aku didik anak aku.Alhamdulillah dorang mengikut.Rumah kediaman aku sekarang 100% jiran tetangga melayu.Bukan tak suka, nanti kalau aku cakap tak suka.dorang kata , kalau aku mati suruh cina pikul keranda aku. Dasyatkan mulut orang melayu.Aku ni jenis tak hipokrit, kalau aku tak suka , aku tak tegur.senyum kambing je.Bagi aku kenapalah kita nak pura-pura, kalau kita tak suka seseorang tu, misalnya , depan dia kita boleh bertepuk tampar, belakang kutuk habis-habisan.itu tikam belakang namanya.Cam jiran sebelah rumah aku, sebelum aku pindah kat sana, aku tengok dia cukup ramah .Hari-hari tanya, bila aku nak pindah.Bila aku baru pindah kat sana, dia still okey.


Aku tahu, dia pernah kutuk aku.Tapi tolonglah kutuk aku benda logik sikit beb. korang nak tahu dia kutuk apa? aku tak pasal grille tingkap ngan pintu.Aku jenis orang yang tak suka tanya, kalau ko ada kutuk aku kat belakang.Tapi kelakarlah, bila ko jumpa aku ko nak senyum.gila punya hipokrit.Lagi satu yang aku tak boleh belah ngan soalan dia, kenapa muka anak aku yang last ngan pertama lain.tak ke cibai punya soalan. Perlu ke aku jawab soalan cibai tu.Aku biarkan dia tak boleh tidur nak cari jawapan tu.Lagi satu memang aku tahu dia alim ulama, janganlah bila azan berkemundang, sibuk panggil laki dia yang kat luar tu masuk sembahyang.takkanlah orang dah berumur , tak tahu bila masa nak sembahyang.

Semenjak dari tu aku dah tak suka sangat nak bertembung ngan muka jiran aku tu.Lagi satu aku betul-betul tak paham ngan anak jiran aku yang baru masuk 8 tahun, mulut dah sama cibai cam mak dia gak.kalau anak aku mulut cam tu, memang dah dapat pelempang siam aku. Jangan cakap ngan budak kecik memang cam tu.Kita kecik sapa ajar kita, kalau tak mak kita.Aku camkan bila setiap kali anak aku yang besar balik, anak dia akan duduk depan pagar tu , tengok cam tak pernah tengok orang.aku rasa anak aku tak delah pakai baju yang tak cukup kain.Lagi satu dia boleh tegur anak aku, baru nak balik rumah mak.

Yang paling kepala hotak aku tak boleh nak terima , masa pilihanraya lalu.Kat tempat aku tu Wakil rakyat DAP ngan Barisan Nasional bertanding. Aku tak sengaja terdengar perbualan dia ngan jiran lagi satu.Dia ngan bangganya cakap, dia pangkah DAP .Aku tak kisahlah ko nak pangkah parti apa pun.Tapi aku pantang kalau orang melayu nak pangkah orang cina atau membangga-banggakan bangsa lain.Aku tak menyokong mana-mana parti.Tapi kalau di beri pilihan wakil rakyat tu kat situ melayu ngan cina. aku mesti pangkah melayu. Tak kiralah dia dari parti apa.Aku ni sebenarnya perkauman sikit.Yang aku masudkan ngan perkauman tu, aku sayangkan bangsa aku sendiri.Aku nak cakaplah, sedangkan mak mertua aku tu cina.Sampai sekarang, walau apa yang ko kata, dia tetap pilih DAP.Sebabnya satu , cina ni sayangkan bangsa dia sendiri.Kalau cam tulah fikiran jiran sebelah aku tu, aku rasa dia masih dijajah .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina