Thursday, September 23, 2010

stock ikan bilis

Stock ikan bilis ni elok kalau dibuat kemudian disimpan dalam fridge. sedap kalau kita nak buat bihun, mee sup atau goreng sayur, stand by sebagai perasa kepada masakan.Jadi tak payah kita bersusah payah mengunakan pati ikan bilis atau ayam.Buatnya pun tak delah susah sangat.




Rebus ikan bilis lebih kurang 150 grams, 5 atau 6 keping halia ngan beberapa biji red dates bersama 1 litre air mengunakan api perlahan.(cara nak buat stock ikan bilis).Didihkan lebih kurang 30 minit, kemudian tapis.




Kentang ngan tomato dipotong ikut suka.




Kacang buncis ngan carrot dipotong ikut suka.




Tumis bawang putih cincang sampai naik bau dan garing.




Masukkan stock ikan bilis yang sudah ditapis tadi.Masukkan semua sayur tadi.rebus sampai empuk.




Kalau suka boleh masukkan suhun ngan fucuk yang sudah direndam.Dengan mengunakan stock ikan bilis ni , sup sayur ni tak payah nak bubuh garam lagi, sebab ikan bilis tadi dah rasa masin secukupnya .





Sup sayur ni khas untuk simontel, gara-gara dia kena allergy.Dia ni tak boleh makan seafood , ayam atau daging.Mulalah naik segala kudis yang tak pernah jumpa sebelum ni ada kat badan dia.Sebab tu bab makanan dia aku kena berhati-hati sikit.Dengan antibiotic pun dia allergy.Pernah satu kali, doktor bagi antibiotic yang tak serasi ngan dia, habis seluruh badan ngan muka dia tumbuh ruam yang tebal cam kena gigit gelgata.scary . Anak aku sebelum ni tak de pengalaman kena allergy.


Sepahit hempedu : Apalah kesudahan kes sosilawati ngan yang lain tu ye.Tak sabar nak dengar hukuman apa yang akan dikenakan pada suspek.geli-geli telinga nak dengar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina