Wednesday, September 15, 2010

Versi kecewa lagi.....




Aku adalah peminat tegar bangkit, tak kiralah apa saja jenis pun, kacang hijau mahupun kelapa.Aku fanatik ngan bangkit air tangan arwah mak.Selepas arwah mak meninggal , aku tak pernah membeli, mahupun menjamah bangkit.Bukan tak nak , tapi takut tertipu ngan buatan orang sekarang.Bentuk lebih kurang sama, tapi rasa jauh berbeza.buatan tangkap muat biasanya cam tu.

Seingat aku, Setiap syawal , mak tak pernah lupa ngan bangkit kacang hijau ngan kelapa. Aku yang kerap menolong arwah menyiapkan persiapan membuat bangkit.Membuatnya memang nampak senang, tapi kalau korang buat, belum tentu menjadi.dia memerlukan kemahiran dan kesabaran yang tinggi.

Setelah lama aku tak menjamah bangkit , sehinggalah tengahari tadi, rakan sekerja memberi .Bila aku amati rasanya , aku tak dapat mengagak, samada bangkit kelapa mahupun kacang hijau.gambar dan bentuk bangkit tu kat atas. Rasa serta baunya seperti perisa vanilla.Detik hati "bangkit vanilla ke?'' Aku kecewa lagi..................................
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina