Friday, October 8, 2010

Abang syed

Aku dulu pernah bekerja kat salah sebuah estate di perak, masa tu pada tahun 1990. Kerja aku mengawasi dan mengira pendapatan , sebanyak lebih kurang 36 pekerja pemotong buah kelapa sawit . Salah seorang pekerja aku, seorang lelaki, yang aku panggil abang Syed.Raut wajah tak kurang handsome. Orangnya berbadan tegap,tinggi dan berkulit cerah. Dia dah beristeri dan mempunyai 2 cahayamata perempuan. Isterinya Salasiah, bekerja satu pejabat dengan aku sebagai pengira gaji jugak . Syed ngan salasiah orang banjar.

Setiap pagi seawal 6.30 aku dah turun ke ladang bersama salasiah, nak memeriksa dan mengira buah kelapa sawit yang akan dan sedang dipotong. Tapi walaupun kita turun serentak, aku tak sama tempat ngan dia.Dia jaga di bukit, aku pulak jaga di kaki bukit. Abang syed dibawah pengawasan aku, dan kami sering jugak berbual-bual kosong.

Aku selalu keliru dengan sikap abang syed. Keliru yang aku maksudkan sini, dia sering sangat memuji -muji aku bila kami berbual -bual bersama. Abang syed cakap aku perempuan baik, rajin , sabar dan dengar cakap laki. Aku kurang jelas apa yang dia maksudkan . Satu hari dia tanya aku "Ina , kalau laki kau letak baju kerja dia yang kotor dalam bakul motosikal , kau ambil dan basuh tu tak?" "mestilah basuh, takkan nak buat bodoh kot" aku jawab ngan acuh tak acuh je. "kalau salasiah tak buat cam tu" sahut abang syed sambil memangkas buah kelapa sawit. "peduli apa aku" detik hati kecil aku. Dah selalu sangat dia nak bagi soalan cepu emas, aku pun jauhi sikit dari dia.Aku tak naklah salasiah ingat aku yang bukan-bukan pulak.Sia-sia je kalau laki aku tahu.

Salasiah yang aku lihat tutur katanya, seorang perempuan yang lemah lembut.Dia sering memuji abang syed, katanya abang syed suami yang rajin dan sering membantunya di dapur. Dengar cerita dari kedua pihak macam tak de masaalah.

Satu hari aku ke rumah abang syed atas jemputan salasiah. Ada bebrepa kerja yang harus dibincang bersama. Sedang aku nak duduk di atas sofa , aku dengan jeritan salasiah. "syed!!!!! tolong buat air, Ina datang ni." Aku malu-malu kucing, rasa nak merah padam muka aku "tak pelah sal, aku nak cepat balik ni" . Sumpah , aku tak akan datang lagi rumah kau.

Dari situ aku dah dapat buat kesimpulan tentang rumahtangga dia. Lelaki ni selalu cam tu, suka sangat nak tolong bini, tapi belakang bini suka nak mengadu ngan orang lain perihal isteri dia. Yang isteri pulak , suka berlebih-lebih kalau dah dapat suami baik.Dalam perhubungan rumahtangga , kena sama-sama bertolak ansur.Isteri kena faham , tanggungjawab dia yang sebenarnya. Dan sesiapa dijadikan macam tempat ketiga , jangan sesekali mencurahkan minyak. Aku harap korang paham.







Ini bukan salasiah, tapi kawan aku kat tempat kerja, masih single and available. Tengah menikmati buah peach , hasil pemberian supplier dari China. Sumpah aku batak cam CT Fad cakap dalam blog dia, tak pernah tengok buah peach yang fresh.





Aksi memotong buah peach.





2 buah peach yang dah dibelah-belah.




Biji buah peach.


Senyum tapir : Ada kawan perempuan aku yang belum kahwin , jadi tempat sang suami mencurahkan perasaan perihal isteri dia. kak namkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina