Friday, October 15, 2010

Bersederhana

Assalamualaikum kepada semua pembaca yang dihormati. Semoga hari Jumaat yang mulia ini, menjadi hari yang penuh bermakna dan bererti dalam hidup kalian. Sebelum aku memulakan bicara, sudilah kiranya mendengar sedikit penjelasan aku tentang sedikit pekara yang tak berapa penting pada orang yang rasa ini adalah perkara yang remeh temeh.Aku nak mengdefinasikan erti blog sebenar dari kacamata aku.Blog bolehlah dianggap seperti diari harian seseorang penulis. Penulis juga berhak meluahkan perasan suka duka yang terpendam di dalam dia mengharungi kehidupan di alam ini .Selagi dia tidak mengunakan identiti sebenar, mengaibkan diri serta keluarga orang yang hendak ditulis, aku rasa itu bukan satu kesalahan. Kalau diri yang kena tulis terasa, terpulang, tepuk dada tanya selera.Okey aku tutup bab itu.

Bersederhana tajuk yang aku rasa amat bersesuaian untuk penghulu segala hari , Jumaat. Aku seringkan amalkan bersederhana dalam segala hal terutama dari segi pakaian, masakan seharian dan pergaulan. Serba serbi yang aku lakukan adalah datang dari diri aku sendiri. Aku jugak tak pernah hidup, untuk memuaskan tuntutan nafsu orang lain. Bersolek, cara pakaian , perbuatan semuanya aku lakukan untuk memuaskan tuntutan nafsu aku sendiri.Apalah guna hidup, kalau hidup sentiasa dibayangi orang lain.

Bersederhana itu nampak manis, pada pandangan aku.Aku lebih tertawan bila melihat seorang gadis yang hanya berbaju kurung pesak, tertawan melihat laki aku hanya bertshirt polos, berseluar jeans dan bersandal, aku tertawan dengan kesederhanaan itu.

Manusia di muka bumi ini, tak semuanya suka akan kesederhanaan. Selagi manusia hidup , atas tuntutan nafsu orang lain, selagi itu manusia tak akan berserderhana dalam serba serbi. Percayalah.


Masakan yang aku masak pagi tadi, terung kentang udang kering sambal ngan sambal telur pecah , cukup sederhana dimakan oleh bilangan yang sederhana.






1) kentang 2 biji dibelah nipis
2 terung bulat ni stcok yang ada dalam fridge. Satu biji terung dibelah 4.




4 biji bawang putih dicincang




udang kering cili crispy( ini produk cosway, memandangkan dah nak expiry, harus cepat dimasak)




Terung dan kentang digoreng





Bawang putih ditumis sampai kekuningan dalam minyak yang sedikit. Masukkan udang kering cili crispy tadi bersama sedikit sos tiram. Terus masukkan terung dan kentang goreng tadi. Gaulkan sekata, kemudian bolehlah diangkat.




Terung ngan kentang bercili udang kering




Telur untuk sambal




sos tomato penganti asam jawa




mesin cili kering ngan beberapa biji bawang merah




Tumis cili mesin sampai pecah minyak.Kemudian bubuh tomato sos ngan sedikit sos tiram.Bubuh jugak garam ngan 3 sudu gula sebagai penambah rasa. Jangan lupa bubuh sedikit air. Pecahkan telur sebiji demi sebiji perlahan-lahan. Perlahankan api.Terbalikkan telur perlahan-lahan.Bila nampak telur dah masak, bolehlah diangkat.



Sambal telur



Adia sesungguhnya kata-kata kau benar, memang akak suka berbaju kurung cotton.Lihatlah lengan baju cotton yang akak pakai pagi ni.




Senyum tapir : Menyanjung tinggi keperibadian mulia Nabi Muhammad SAW Rasul akhir zaman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina