Thursday, October 7, 2010

Cemburu buta

Aku dah habis membilang blog yang membuat cerita pasal kak engku bercerai.Sekarang aku tengah membuat kerja-kerja penting syarikat.Biasalah aku selalunya busy minggu pertama ngan minggu kedua first bulan.Kerja aku banyak tertangguh pasal baby no.2(blog) aku ni .Tapi apa nak buat, dah sayang.Macam mana nak tinggalkan.Hendak dibuang mati mak, nak diluah mati bapak.

Pagi tadi, sebelum memulakan kerja, semangat tu memang berkobar-kobar.Yes, dalam hati "aku mesti siapkan kerja hari ni". Semua orang yang bekerja cam tu, pergi kerja nak siapkan kerja.Tapi mana tahu, disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari.Aku cerita ni kisah hari ni.baru sebentar je.khe khe.Boss aku didatangi oleh 5 orang supplier.Supplier datang , adalah rezeki bagi aku.Bukan aku dapat komisen ke apa?, tapi aku dapat update blog, sebab boss sibuk layan supplier. Korang kena tahu , kalau nampak blog aku banyak dia punya cerita, maksudnya hari tu banyak supplier datang.Itulah aku namakan rezeki, boleh update banyak.


Tajuk kali ni cemburu buta, aku cerita pulak , pasal lain .Kisah ni, kisah kawan aku Dora(bukan nama sebenar).Sebelum tu aku nak tanya korang, suka tak lelaki yang cemburu buta? Aku memang tahu, cemburu tu tandanya sayang. Cemburu tu boleh, tapi jangan melampau sangat, sehingga semua benda yang isteri nak buat jadi terbantut.Sampai tak sempat nak kentut, habis tu 24 jam telefon.

Dora ni teman sepejabat aku. Berumur dalam lingkungan 27 tahun .Suami dia , aku gelarkan badang(bukan nama sebenar). Pengumpul kayu api adalah perkerjaan tetap Badang.Badang ni memang lelaki yang kuat cemburu, buat kata orang kalau kat emergency wad hospital kerajaan, zon merah(sakit paling teruk).

Aku tak nak cerita lebih-lebih perihal Badang, cam nak muntah hijau aku rasa. Aku juga rasa tempias akibat perbuatan Badang terhadap Dora.Pernah sekali satu peristiwa tragis telah berlaku, nyaris kereta yang aku naiki dipandu oleh Dora melanggar pembahagi jalan. Korang nak tahu kenapa tu berlaku? Sepanjang perjalanan sebelum sampai ke destinasi, Badang menelefon Dora sebanyak lebih kurang 20 kali.Bukannya kerana hal kecemasan , cuma Badang nak pastikan tak ada lelaki lain yang duduk sebelah sidora. Sepanjang berkawan dengan Dora, banyak lagi peristiwa ngeri yang berlaku akibat perbuatan sibadang yang hobinya suka menelefon tak kira tempat.

Lagi satu yang paling aku tak suka dengar , Badang suka panggil Dora, makcik. sebabnya simple je, Dora pakai tudung cam kat bawah ni :





Babi kau Badang, aku pun pakai tudung cam ni.Habis tu ekin , ko nak panggil makciklah. Maafkan akak ekin, membabitkan ko dalam cerita Badang ni. Dora, cakap Badang tu ko kena ambil perhatian.Cuba ko tukar sikit penampilan cam Lady Gaga.

Ditakuti satu hari , aku dengar dalam berita, ada suami orang yang mati diikat dileher dengan wayar telefon.Jangan tak percaya, orang yang tertekan boleh buat semua tu.Aku harap korang yang kat luar sana doakan siBadang cepat insaf dengan perbuatan dia dan doakan sekali aku supaya panjang umur.

Okeylah suria, jiwa akak kurang kacau , jadi akak tunjukkan resepi kuah asam tumis ikan kembung hari tu yang akak masak.




Terung bulat campur bendi.kalau sukalah.




Cili dimesin ngan 3 biji bawang merah, 2 biji bawang putih, 1/2 inci kunyit hidup, 1/2 inci halia ngan 1/2 inci belacan.





ikan kembung manis gaul garam ngan kunyit.




Panaskan minyak, campakkan beberapa helai daun kari. Tumis cili mesin sampai pecah minyak .Masukkan air asam jawa.Biar kuah mendidih lama.Masukkan terung ngan bendi tadi . Bendi dah terung agak nak lembut, baru masukkan ikan kembung tadi. Bubuh garam ngan secubit perasa.Tips kalau nak asam tumis yang best, tumis cili mesin betul -betul sampai pecah minyak .Kalau takut hangit , perlahankan api.





asam tumis ikan kembung.


Senyum Tapir 1 : Rosnah mat Aris tu , nak panggil makcik ke akak.

Senyum tapir 2 : Rasanya kak engku bercerai ngan laki dia pasal cemburu buta ke?

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina