Friday, October 29, 2010

Cina punya pesyen

Mee, boleh dimasak dengan berbagai cara, ikut citarasa masing-masing. Mee dan bihun, adalah kegemaran aku selain dari nasi. Cuma satu je, aku memang tak boleh masuk dengan mee mamak. Mee yang digoreng ngan kueh tepung ngan tahu goreng, dimasak terlalu lama, diketuk jadi halus ngan sudip masa mengoreng. Kueh tepung ngan tahu gorengnya lebih banyak dari mee.

Mee hailam, mee jawa ngan mee bandung adalah salah satu mee kegemaran aku. Mee yang digoreng oleh mak mertua aku pun jadi kegemaran jugak. Mee yang dia goreng tak de letak rencah seperti ayam atau udang. Cili mesin pun dia tak letak. Cara masak mee Orang cina, memang simple. Orang Cina tak boleh tinggalkan bawang putih, sebab bawang putih mengwangikan masakan. Orang Cina paling cerewet bab memilih makanan. Cerewet maksud aku di sini, bukannya nak makan sedap je, tapi cerewet dari segi cara memasak sesuatu makanan.

Aku banyak belajar dari mak mertua, cara masak sayur ngan mee yang betul. Lelebih lagi, dia pun berniaga makanan, seperti mee dan nasi lemak. Bila aku bercakap tentang cara orang cina berniaga sistematik, nanti ada pulak orang melayu yang terasa. Contohnya , mak mertua aku , kalau dia mengoreng mee, sukatan garamnya tetap sama sampai bila-bila. Kalau kita berniaga, masak ikut sukatan, rasa makanan tu 95% mesti sama sampai bila-bila. Aku rasa tak guna, kalau kita iri hati dengan orang cina tak bertempat. Kalau boleh, kita kena ambil apa yang terbaik cara dorang berniaga, untuk dijadikan panduan.


Bila kita ke kedai makan orang melayu, jarang sangat makanan yang kita minta pada masa tu, kita rasa memanglah sedap sangat, lepas tu kita datang lagi keesokaan harinya, rasa makanan tu mesti tak dapat yang sama ataupun tak sedap macam kita makan mula-mula. 80% aku dah kena situasi macam tu.

Contohnya kedai makan kat sini , First time pergi , laki aku makan yee mee sizzling hot plate, aku cilok, rasa sikit, memang sedap. Serius, aku puji memang kuah yee mee sizzling dia terbaek. Laki aku ni orang cina, memang dia tak kisah pasal makanan, tapi cara masak tu mesti kena betul. Kali kedua aku pergi, cuba nak makan yee mee sizzling tu, rasa kuahnya dah out.Kali ketiga pergi, laki kau pulak order yee mee tu, bukan setakat kuahnya out, rasa ayam tak sebati ngan rasa kuah sizzling tu. Serius, aku memang cerewet mengenai rasa makanan . Biar pun memasak makanan yang simple, aku amat menitik beratkan bahan-bahan didalamnya. Semua bahan mesti cukup, kalau tak cukup, cam tak de mood nak memasak.




Mee goreng ni resepi mak mertua, aku masak untuk breakfast pagi tadi.




Mee dibasuh dan ditus dalam tapis.





1)6 ulas bawang putih dikupas kulit dan dicincang
2)sedikit sos tiram
3)lada hitam- ni aku tambah, kalau mak mertua aku, tak letak pun.



Sawi dibasuh dan dituskan.




Taugeh ni tambahan.




Penting sekali, goreng bwang putih tadi sampai naik bau dan bertukar warna coklat. Lepas tu masukkan sawi , kemudian ngan mee tadi. Masukan kicap pekat sahaja ngan sos tiram. Kalau goreng mee, kita dah bubuh sos tiram, tak payah bubuh garam lagi, sebab sos tiram dah cukup masin.




Last sekali bubuh serbuk lada hitam.




Mee goreng style mak mertua. Kalau suka pedas, letaklah sambal. Untuk Firdaus , aku gorengkan ikan bilis.Memang peberet dia.



Senyum tapir : teringat kenangan 1988 di Damansara PJ, Sheila majid order mee goreng , masa tu dia terkenal dengan lagu Pengemis Muda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina