Wednesday, October 13, 2010

Cinta lama bertaut semula

Assalamulaikum pada semua pembaca.Semoga hari ini menjanjikan kebahagian pada korang semua.


Suasana pagi begitu hening.Masa aku nak menuju ke flat tingkat 8, atas motor aku dah rasa angin sepoi-sepoi bahasa meniup. Rasa macam nak melelapkan mata je.

Dalam kereta Dewi , aku tersandar di kerusi. Kat tangan ada pau goreng berinti sardin yang aku beli kat rumah tadi. Boleh tahan gak sedapnya , pedas. Aku bagi Dewi sebiji.Tinggal lagi sebiji , nak makan kat office.

Kebiasaannya, dalam kereta dewi buka radio era. Dapat gak melayan mata yang sedang mengantuk. Aku ni memang tak suka sangat ngan radio era. tak suka banyak.Orang lain, aku tak tahulah. Pada pendapat otak aku ni, topik yang selalu dibincangkan cam buat tekak aku geli geleman. Contohnya pagi tadi "cinta lama bertaut semula".geli geleman macam mana yang aku maksudkan, korang nak tahu tak ? cam ni

Kisah pemanggil pertama(Maya dah berkahwin dan mempunyai 3 anak)


maya : Saya dah terpisah dengan kekasih lama saya selama 10 tahun.
DJ : Bila berjumpa balik
Maya : saya berjumpa balik , bila kami terserempak dipusat membeli belah hujung minggu lepas. Banyak yang kami bualkan.Tapi saya tak boleh terima , kekasih lama saya tu dah berumah tangga dan mempunyai 2 anak.
DJ : Dia sedih tak awak dah berkahwin
Maya : dia macam biasa .Tapi saya macam menyesal , tak cari dia.saya tetap cintakan dia macam dulu-dulu gak. Kenapalah saya kahwin ngan suami saya sekarang.


Kisah pemanggil kedua (Amir bujang trang tang tang)

DJ : Siapa nama kekasih awak .Berapa lama awak berpisah dan bila berjumpa balik.
Amir : Meon tu lembu kesayangan .Dia macam kekasih, tempat saya meluahkan perasaan . 10 tahun lamanya, saya bersama dia.
DJ : habis tu kenapa awak nak sedeh sangat. Meon tu tinggalkan awak ke?
Amir : Memang saya sedeh sangat , tak lama lagi Meon dikorbankan sempena hari raya korban.
DJ : ohh macam tu ke . Apa kata-kata terakhir awak untuk meon
Amir : Meon aku amat sedeh, sebab tak lama lagi kau akan meninggalkan aku.aku harap kau tenang di sana. Aku hendak kau tahu, aku amat sayang pada kau.


Aku lebih rela mendengar pemanggil kedua dari pemanggil pertama.Aku nak nasihatkan pada pemanggil pertama tadi.Kebahagian tu ada kat dalam diri sendiri.Bahagia yang kau cari , bahagia juga yang kau dapat . Manusia sekeliling hanya dapat menyumbang 20-30% untuk kebahagian itu.

Soalan-soalan yang ingin aku tanya, kalau aku dapat berjumpa dengan maya

1)Adakah kau dah bersuami dan mempunyai 3 orang anak itu belum cukup bahagia lagi?

2)Adakah kau rasa, kekasih lama kau boleh memberi kebahagian , lebih dari suami kau beri? Tepuk dada tanyalah selera.Aku rasa Topik yang Era kemukakan lebih relevan untuk orang yang belum berkahwin dan ada pengalaman terpisah dengan kekasih lama kemudian berjumpa semula.


Lepas ni , aku ceritakan yang aku bahagia sangat bila dapat mengoreng bihun dengan persiapan yang ala kadar. Kau fikir bahagia, kau akan bahagia.Konsep yang sering aku amalkan dalam menjalani kehidupan seharian.Untuk rasa bahagia , yang penting kena bersyukur apa yang ada di depan mata dulu.






Cari -cari dalam peti ais, jumpa carrot.Parut sedehana halus.




Tumis ikan bilis, cili kering, 3 bawang merah, ngan 2 ulas bawang putih(yang dah dimesin) sampai naik bau. Bubuh sedikit kicap kipas udang ngan sedikit garam.Bubuh carrot bersama bihun yang dah direndam.Goreng sampai bihun betul-betul lembut .Bubuh sedikit sos tiram sebagai penambah rasa.




Bihun goreng yang paling simple dapat disiapkan dengan persiapan ala kadar.






Goreng sedikit nugget.Cicah ngan cili sos dan mayonis. Dalam sebulan aku hanya goreng sekali sahaja .Nugget tak berapa elok untuk tumbesaran kanak-kanak.





Senyum tapir : aku dah jumpa, ada seorang perempuan lagi, yang tak boleh hidup tanpa lelaki disisi.Aku sentiasa berdoa , supaya dia tak menerima nasib yang sama macam adik .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina