Monday, October 18, 2010

Jangan Berdalih Tapi Katakan Boleh

Cik Pah, Maafkan akak telah mencetak rompak kata-kata hikmah kau menjadi tajuk post akak hari ni. Akak setuju sangat dengan kata-kata hikmah tu. Molek sangat kegunaannya buat masa sekarang. Kenapa perlu berdolak -dalik dengan keputusan yang kita dah buat. Berdolak -dalik boleh menyebabkan timbulnya sangsi dan was-was. Bila dah bersangsi dan berwas-was, syaitan akan menjalankan peranannya. Ketepi ketepi aku nak lalu.



Marilah kita makan roti bun berkismis dan beroat yang dibuat sendiri bersama susu. Sesuai di makan waktu pagi dan waktu petang.




Mesin tepung high protein (400 grams) bersama yis 11 grams yang dibancuh ngan air.Tambahkan air sedikit demi sedikit. Mesin sampai betul -betul sebati.




Dah sebati masukkan butter 1/4 cup, 100 grams gula, 1 biji telur, 1/2 tsp garam. Mesin lagi sampai sebati. Last sekali masukkan oat ngan kismis (ikut suka).




Rolled Oat ikut suka , ikut anggaran tepung.




Rehatkan doh selama 30 minit.Kemudian timbang 60grams( satu doh) kemudian bulatkan doh .Rehatkan semula selama 30 minit atau 1 jam.




Bakar pada suhu 190 darjah celcius selama 30 minit.




Kalau nak tahan lebih lama letak dalm fridge.Lepas bakar roti bun, jangan cuba berdalih pergilah kesini..tolong yang mana termampu.





Senyum tapir : "Women without her man is nothing" baca dengan intonasi yang disukai .Anda yang berhak meletakkan tanda bacaan sepertimana yang anda suka, kerana kehidupan anda ditentukan oleh anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina