Sunday, October 3, 2010

Masakan orang kering idea


Kadang -kadang orang yang selalu masak macam aku, sering kekeringan idea, terutama bila pulang dari kerja .Masa tu pulak dah petang, otak dah beku, sebab banyak berfikir di pejabat.Bila aku kering idea, dalam fikiran aku selalu terbayang maggi, sardin atau telur.Yang lain tak pernah terbayang.

Idea masak maggi ni petang jumaat semalam.Hendak masak maggi macam biasa, aku rasa kurang kenyang.Jadi aku fikir, baik aku tambahkan sedikit eksesori, contohnya seperti maggi yang aku buat kat bawah ni. Tapi kalau nak tambah eksesori pun, semua barang tu mesti yang sedia ada dalam peti sejuk.Jadi berbaloilah tak menyusahkan diri sendiri, nama pun nak masak yang senang.Jomlah tengok resepi untuk orang yang dah kering idea macam aku.


1)sedikit fish ball dibelah kecil-kecil
2)bawang merah kecil dihiris-hiris
3)sedikit sotong dibersihkan dan dipotong bulat bulat.
4)2 biji telur




2 bungkus maggi bercampur dengan baki yee mee hari tu aku hancurkan sedikit. Aku hancurkan ada bersebab, senang simontel nak makan, tak delah terlalu panjang magginya selepas masak nanti.


secekak sawi disiang dan dituskan.



tumis bawang merah sampai naik.Masukkan fishball dengan sotong tadi.Kacau beberapa minit, masukkan air ikut suka.Siapa yang suka kuih lebih , bolehlah masukkan banyak air.



Masukkan perencah maggi kari.Biarkan kuah mendidih, kemudian boleh pecahkan 2 biji telur secara perlahan.Bila telur dah agak masak masukkan maggi tadi bersama sawi.



Kalau nak pedas bolehlah hiris cili api campurkan dengan kicap cair.




Bolehlah dimakan ketika panas bersama dengan cili api tadi.



Senyum kambing : katakan tidak pada maggi sedap.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina