Thursday, October 14, 2010

Pelik tapi benar






Pelik tapi benar jangan ada yang cuba melenting bila aku bersuara. Biasanya aku bersuara, bila ada tidak kepuasan hati. Aku sedar aku tidak dapat menghalang apa yang orang luar suka tulis dan suka cerita.Aku juga tidak tahu apa motip orang luar menyebarkan gambar, video tentang kemalangan ini dan sebelumnya.

Aku jugak tak nak tahu perasaan saudara mara yang ditimpa kemalangan ini . Aku jugak tak nak tahu motip apa, orang luar menyebarkan gambar-gambar dan video tentang kemalangan ini. Kenapa orang luar ini ingat menyebarkan gambar-gambar kemalangan ini seperti menyebarkan risalah jualan murah pasaraya econsave atau giant?. Gembirakah orang luar ini bila ada orang lain ditimpa musibah. Itukah caranya orang luar sana menunjuk simpati pada mangsa dan saudara mangsa?

Fikirkanlah. Banyak lagi cerita yang boleh orang luar tulis. Ceritalah pasal ayam kampung yang setiap pagi berkokok kat belakang rumah aku, hingga menganggu lenaku. Ceritalah tentang kucing yang sanggup mencuri ikan tuan, sedangkan tuannya dah beri cara yang baik. Sebarkanlah video cara membakar kek, atau cara memanggang ayam yang betul. Aku rasa itu lagi berfeadah untuk tuan-tuan dan puan- puan atau adik -adik dan akak-akak.

Cuba orang luar sana selami sendiri, apa yang simangsa dan saudara mangsa rasai , bila mereka melihat sendiri gambar dan video itu? Cuba tutup mata dan rasai......senyap....sedeh......bibir menguntum senyum, di hati siapa yang tahu. Aku dapat tahu satu perkara, pelik tapi benar itulah masyarakat kita.


Hembus nafas dalam dalam dan fikir sejenak.......


Senyum tapir : Banyak lagi cara nak meraih simpati nuffnang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina