Sunday, October 17, 2010

sabtu nan indah

Sabtu nan Indah bagi diri aku

dapat lari dari kesesakan jalanraya walaupun aku hanya penumpang
dapat lari dari bebanan kerja di tempat kerja walaupun aku hanya kuli biasa
dapat lari dari manusia yang mungkin di depan aku suka di belakang tak suka(sila cabut pisau yang kau pacak dibelakang aku) walaupun aku anggap kau teman sejati

Sabtu bertemu dan bersama keluarga, memang menjanjikan hari yang paling bahagia.



Di kawasan kampung tempat aku tinggal.Firdaus aka simontel meninggalkan aku jauh di belakang. Mana boleh menandingi kekuatan budak lelaki.



Ayam yang sering berkokok. Ayam jantan ke berkokok?



Peace no war dari jauh.


Hari ni aku bagi perlepasan firdaus , kalau hari lain jangan harap dapat menghisap air berkaler tu. Budak montel yang belum mandi dan busuk.


Firdaus terselit diantara makcik-makcik tengah membeli ikan dan sayur. Banyak makcik yang geram ngan pipi dia yang tembam.



Aku suka, bila nampak banyak lebah hisap madu bunga ni.Mungkin bunga ni manis.


Hari sabtu laki aku ke laut, jadi amanah menyiram pokok-pokok jatuh ke tangan aku.


Ini pokok daun kunyit yang lebih mendapat perhatian.


Maafkan aku pokok daun kari, dah lama aku tak membelai mesra kau, sejak aku beri perhatian lebih pada pokok daun kunyit.



Aku suka sangat dengan pokok ni.Bapa mertua yang kasi.



Daun pandan aku tanam di bawah pokok mangga. Daun pandan kelihatan hijau daunnya, jika tak kena cahaya matahari secara langsung.



Boss kat tempat kerja aku cakap, tuhan sayangkan aku, sebab tu dia bagi pokok mangga cam ini.



Dah banyak berbunga, tak lama lagi bolehlah dapat hasilnya.



Senyum tapir : Aku call laki aku kat laut , dia cakap dapat ikan pari.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina