Wednesday, October 13, 2010

You again?






Laila sila percaya, aku tak teragak -agak nak buat kau macam ni.kejikan, aku.

Filem "You Again?" ni macam ada satu magnet untuk aku membuat blog post pasal cerita ni. Selama ni aku tak delah berminat sangat dengan Nuffnang Exclusive Screening . Mungkin pengalaman dibuli oleh rakan sendiri membuat aku tertarik. Siapa yang tak pernah kena buli, lelebih lagi yang pernah duduk di asrama. Aku adalah salah seorang mangsa buli. Jika aku tak dapat terpilih pun tak pe, janji hati aku puas, dapat meluahkan perasaan dendam membara aku terhadap perempuan yang bernama Laila Isabella.


Masa di sekolah menengah, aku adalah perempuan yang paling lemah lembut diantara rakan sekelas. Sumpah, sila percaya. Aku sering disisih oleh rakan sekelas, sebab pendiam sangat. Oleh sebab tu , aku sering dibuli kot . Apa yang aku buat, semua tak dapat menyenangkan hati dorang.

Aku sering dibuli oleh budak perempuan yang bernama Laila Isabella. Dari pandangan mata kasar aku , Laila nampak pendiam dan bersopan santun . Pandangan aku berubah, bila satu hari, aku nampak sendiri perbuatan kejinya , mengoyakkan baju aku yang ada di dalam almari. Kejadian tu berlaku dibilik asrama. Ada lagi perbuatan hitamnya yang aku tidak boleh terima, dia sering menumpahkan air di tempat duduk aku di dalam kelas. Semenjak tu, sumpah tertanam dalam hati aku, Laila gadis pendiam, baik yang berhati hitam.

Scary , aku minta-minta jangan ditemukan lagi dengan perempuan bernama Laila Isabella. Jika ditakdirkan berjumpa, aku sanggup memesongkan muka, hingga ketahap 360 darjah. Sila percaya aku. Aku boleh jadi sekeji tu, kalau berjumpa Laila Isabella lagi . Kalau memang tak dapat dielak lagi, aku akan pekik kat dia " you again?".pergi mampos dengan kau



Senyum tapir : Nuffnang sila pilih aku, sebab aku rela tengok filem You again? daripada menghadiri Annual Dinner di Hotel Alamanda , yang banyaknya dihadiri artis-artis Hong kong.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina