Monday, November 15, 2010

2 Masaalah

Masaalah pertama


Pagi tadi selepas turun dari kereta dewi, seperti kebiasaan, aku mendukung siputeri, manakala siputera didukung oleh sidewi. Keluar dari kereta lebih kurang 2 meter menuju ke Flat 8 tingkat, ada seorang pemuda melambai-lambai dengan ditangan memegang segugus kunci.

Aku : kenapa?
Pemuda : Kunci kau jatuh.
Aku( tanya Dewi) :Kunci kau jatuh ke?
Dewi : Ada tulisan New Zealand tak?
Aku(dalam hati bengang) : Ada (sambil mengambil kunci kat pemuda tu)terima kasih.

Terus bagi kunci tadi kat Dewi. Aku ngan Dewi masuk lif menuju ketingkat 7.
Keluar dari lif

Dewi : ni mana ada kunci?keychainlah
Aku : ye ke
Dewi : Tadi saya tanya, ada tulisan new zealand, akak cakap ada.
Aku : sengeh ngan ketawa



Jawapan yang ada dalam hati aku, untuk persoalan kat atas

untuk Dewi : Banyak ko punya songeh, lagi ada masa aku nak tengok keychain tu ada tulisan new zeland ke tak?

untuk pemuda tadi : Kalau excited nak tolong adik manis cam aku, tengoklah dulu ada kunci ke tak?(tak payah loya, kalau dengar ye) ini pakai boh je, ngan semua keychain ko bagi kat aku.Apa-apa pun aku menghargai keprihatinan ko.





segugus kunci yang dimaksudkan pemuda tadi, adalah segugus keychain.






Segugus kunci kepunyaan sidewi di dalam beg, keychainnya ada tulisan new zealand.


______________________________________________________________

Masaalah kedua.






Budak-budak tak pernah rasa keboringan, walaupun tengok cerita kartun, hampir sepanjang hari. Aku yang dari tadi, tak dapat tengok cerita yang aku suka. Kalau aku tanya nak tengok cerita lain, jawapannya, cerita lain mana best. Aku terpaksa simpan hasrat nak tengok cerita hindi.



Kalau weekend , tv 9 ni dari pagi sampai malam. Macam-macam cerita kartun ada.


Senyum Tapir : Sakit hati betul, bila aku suruh dia ambilkan air, aku nak minum, dia boleh cakap, mak jangan risau nanti wonderpet, tolong ambilkan.Tunggu wonderpet ambik air, boleh tercekik.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina