Friday, November 26, 2010

Berubah

Berubahlah , aku tujukan khas untuk peniaga-peniaga berstatus sederhana. Contohnya, kategori gerai makan di kawasan pinggiran desa. Kebanyakan gerainya berstatus seafood. Aku tak tahu kat mana seafood tu? Daripada penilaian aku sendiri, tauke gerai ni, kena menghantar pekerja-pekerja dorang, kursus cara bercakap ngan pelanggan ketika mengambil order. Aku fikir, pekerja-pekerja dorang kena peka dengan deria mata, telinga dan lidah.


Tukang ambil order : nak makan apa?
Aku(teringat western, teringat chicken chop) : apa yang ada?
Tukang ambil order : senyum tanpa kata-kata.
Aku (kecewa) : Bagi nasi goreng cina 2, jangan letak cili, budak makan ye.Tomyam satu, jangan letak daging, tak nak nasi.
Tukang ambil order : minum apa?
Aku : Teh limau O ais 3


selang beberapa minit, laki aku panggil tukang ambil order.

Laki aku : Chicken chop ada dik?
tukang ambil order : orang buat chicken chop tak balik lagi dari kampung, start dari raya haji hari tu.
Laki aku : tak pelah
Aku : Balik mana, lamanya?
Tukang ambil order : kelantan
aku : hrmmmm senyummm





Suasana malam tadi masih gerimis, ketika aku sampai kat gerai yang statusnya western food dan seafood. whatever.




Jejaka berbaju merah ngan simontel kaler baju yang sama.





Simontel tengah menyedut air kegemarannya, teh limau O ais forever.





First time, bila tomyam datang, mengujakan aku. Bila aku hirup, wowwwwww, sedap memang sedap, tapi pedas 7 star. Bila digali , dan telah aku jumpai 6 atau 7 batang cili api yang telah dipecah-pecahkan. Bukannya aku anti pedas, tapi 2 ngan 3 hari ni, aku ada masalah dalam mulut. Waima aku tak cakap pun, tolonglah faham siapa yang boleh makan kepedasan cam tu.Cuba jawab pertanyaan ini?




Nasi goreng cina untuk simontel.




Ayam goreng untuk simontel gak.




Reaksi kepedasan nasi goreng cina ke?


Senyum tapir : Aku sendiri terfikir, peniaga -peniaga makan kat luar sana, buat makanan macam tekak dia sendiri nak makan. korang rasa cam mana ye?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina