Friday, November 12, 2010

Bicara kasar





bersama DJ kak Ngah
Stesyen radio : Fire FM (0.99)
Rancangan : Bicara kasar bersama pendengar




Pemanggil pertama


Kak Ngah : Boleh Kak Ngah tahu, siapa di talian?
Pemanggil : Kak Ngah(sambil berdekah-dekah ketawa dihujung talian) Saya Seri, dari KL
KakNgah : Jangan ketawa Seri, Ada bicara kasar seri nak luahkan malam ni?
Pemanggil : Ada, pada kekasih hati, abang Aizat , yang dah berlaku curang terhadap hubungan kami.
Kak Ngah : Tarik nafas panjang-panjang, bicara kasar kan seri .

Pemanggil :

Aizat , ni mira. . ko nak mamposs ke ? Ko pergi sesuka hati ko. Apa ko ingat, rumah ni cam hotel. Boleh keluar masuk sesuka hati ko. Kenapa ko nodai cinta kita,? Setelah Mira menyerahkan zahir dan batin pada ko . Aizatkan dah janji, nak hidup sama-sama, nak mati sama -sama. Mira tak pedulik, kalau aizat tak balik gak, mira cari pak we lain

Aizat !! balik, tauke jual lembu tu dah minta duit, kita kan dah buat perjanjian, sempena hari raya korban ni, kita berdua kan nak kongsi duit beli lembu . ..

Kak Ngah : Ambil towel, lap peluh





Pemanggil Kedua


Kak Ngah : Kak Ngah nak tahu, siapa di talian?
Pemanggil : Liza, dari KL
Kak Ngah : Liza, teruskan ngan bicara kasar.

Pemanggil :

Tijah, ko jangan nak hipokritlah. Bukannya aku tak tahu, kau tu tak suka aku. Aku pantanglah jenis orang cam ni. Tak payah ko duk nak berlakon, nak kontrol emosi kau. Tijah , kenapa ko suka hipokrit ahhh. Manusia bumi memang cam tu ke? Buat manis depan orang, lepas tu belakang orang, keluarkan muntah hijau. Aku tak pandailah , kalau aku, nak keluarkan muntah hijau , kat depan-depan orang yang aku tak suka. Kadang -kadang, lebih suka tak nak bercakap, bila dengar ko komplen pasal orang , jadi bernanah telinga aku. Alahhh janganlah nak menutup hipokrit dengan make up tebal ko. Aku dah masak sangat ngan perangai manusia bumi cam ko ni. Kalau cakap , budjet cam orang alim je.Buat pengetahuan ko, banyak orang alim yang aku kenal sejak aku umur 18 tahun, dan banyak orang jahat yang aku dah kenal sejak umur tu lagi. Jadi aku boleh bezakan sangat, kalau orang tu memakai topeng jahat ngan topeng orang baik.Aku tak perlu cakap apa-apa, dengan renungan mata, aku dah boleh agak.Lagi satu , kenapa ko ni nak vavi sangat, suka datang rumah aku lalu pintu belakang, apasal, ko ingat aku bodoh sangat ke, tak tahu kau lalu pintu belakang. Sebelum buat rumah, aku dah pasang cctv dulu, ko je bodoh yang tak tahu.

Kak ngah : Menyeka air hidung, yang menitis ngan hujung jari.




Pemanggil ketiga



Kak Ngah : Kak Ngah nak tahu, siapa di talian?
Pemanggil : Ina , dari Sentul
Kak Ngah : Ina teruskan berkasar bahasa.

Pemanggil :

Jiran sebelah, apasal ko vavi sangat ahhhhh. Aku peninglah setiap kali sebelum ko hantar anak ko ke sekolah , kenapalah ko vavi, suka start motor buruk ko dulu. Sampai aku nyaris nak pengsan cium bau minyak . Lagi satu buaian besi ko yang hampir nak pupus cam penyu kat laut tu, tolonglah letak minyak gris. Aku nak duduk rumah hujung minggu nak rehatkan minda pun tak senang. Bunyi eekkk oeekkk ekkkk okkkk ekkkk okkkkk ekkkk okkkk , cam manalah ko boleh tahan bunyi cam tu atau ko tak pernah korek telinga. Aku harap buaian tu akan terbalik , bila ribut datang menjelma. Aku dah tak tahannnnn

Kak ngah : ambil kapas, sumbat telinga


Pemanggil keempat



Kak Ngah : Kak Ngah nak tahu, siapa di talian?
Pemanggil : Nurol syakir, dari Bukit bintang
Kak Ngah : Nurul syakir yang make up cyndy lauper tu ke?
Pemanggil : Tak sangka u Kenal I .thanks kak ngah
Kak ngah : Nak kasar bicara, teruskan

Pemanggil :

I geram sangat, ngan satu artis ni. Dulu masa belum pandai make up, I ajar dia sampai pandai. Sekarang dah nampak vavoommlah dia make up. Nampaklah kegorjosan muka dia. Telinga I jadi bernanah, dengar dia cakap kat semua orang dia belajar sendiri. Jahanam punya perempuan, berpeluh ketiak mak ajar dia, last-last dia cakap, pandai sendiri. Jangan haraplah I nak ajar dia lagi, walaupun celak yang dia pakai senget sebelah. Berlagak tak kena bertempat
. Cakap berdebung debang, cam pandai, part buat keja rumah hancurrrrrr.Aku nak beli cermin besarlah, nak suruh dia tengok sendiri muka dia, yang dah bermake up tu. Tapi yang I tahan , ada pulak menerima tempahan make upkan orang. Orang kampung dia je kot.Doniya doniya


Kak Ngah : bangun, kuatkan air cond ngan kipas. Basah , baju belakang.




Senyum Tapir : buat je bicara kasar, banyak barang dah melayang terbang .

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina