Friday, November 26, 2010

janggut , jubah, warak ke?



Semasa membuat satu tugasan di pajabat, sambil memakan keropok perisa udang mimi keluaran edaran SNEK KU Sdn. Bhd. , tiba-tiba aku teringat satu cerita yang aku nak kongsi, tapi cerita ni ada pro ngan kontra . Harap yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.

__________________________________________________________________

Di suatu pagi, aku menunggu kawan, hendak ke tempat kerja, di hadapan gerai dalam gambar dibawah. Aku sering sampai di situ awal. Sementara menunggu kawan sampai, aku sering berbual-bual ngan makcik nasi lemak tu. Aku kenal makcik jual nasi lemak tu dah lama, sebab gerainya berhampiran ngan flat keluarga. Cuma aku je dah berpindah dari flat tu. Kebanyakan anak-anak makcik tu, aku kenal, tapi taklah rapat sangat.Anak perempuan dia semua cantik-cantik belaka.

Dalam beberapa minit aku berbual, datang pulak seorang lelaki berjanggut yang dah beristeri, aku kenali gak. Aku berbual-bual , tanya perkembangan terkini tentang keluarga dia. Flat yang aku duduk bertentangan ngan flat dia duduk. Lelaki berjanggut yang aku dah lupa nama dia tu, boleh tahan waraknya. Aku simpulkan dia orang yang warak kerana dari jubah yang sering dia pakai kehulu kehilir, percakapan yang sering keluar dari mulutnya banyak hal agama je.

Masa tengah berbual-bual ngan lelaki berjanggut, kereta kancil kepunyaan anak perempuan makcik tu berhenti, betul-betul kat depan gerai mak dia. Keluarlah anak dara yang cantik pada pandangan aku.Pakaiannya, tak delah menjolok mata.Dia berkemeja ikut badan dan tak berapa ketat atas bontot ngan berseluar slack. Mungkin bentuk badannya yang cantik, tinggi, kurus membuatkan baju yang dia pakai menampakkan susuk tubuh.

Naik terjojol dan tak berkedip mata lelaki berjangut, memandang anak dara makcik tu. Aku senyum, tak kisah pun kalau dia nak pandang.Itu hak dia. Bak kata laki aku, tak luak pun, kalau nak pandang. Menjadikan aku kisah bila lelaki berjanggut yang tak sedar diri tu tanya pada makcik tu cam ni , selepas anak dara dia beredar :-


Lelaki berjanggut (sambil mata tertumpu kearah vontot anak dara tu) : Anak dara makcik tu , kalau saya dapat, tak cari lain dah.body mengancam. Dah kahwin ke?
Makcik : gatal!!! sambil tersenyum malu-malu.
Lelaki berjanggut : betul tak ina?body mengancamkan
Aku(dalam hati vavi ngan cilakak) : Apa paten ko.Bini ko kat rumah ko simpan, suruhlah pakai cam tu. Pelik ye, perangai lelaki cam ni, bini suruh litup semua terkatup, bertudung labuh, lepas tu sibuk dok gatal pandang anak dara orang.
Lelaki berjanggut :Ina, ko marah ke ?
Aku berceramah : Aku tak marah , kalau kau tanya pada orang lain. Ini, ko tanya pada mak budak tu sendiri , tentang anak dia. Fikirlah sikit perasaan orang tu.
Lelaki berjanggut : sengeh sengeh malu.
Aku ceramah lagi : paten orang melayu , selalu sangat aku tengok cam tu. Bini dia suruh jadi alim dan simpan kat rumah. Tapi bila dia keluar mana-mana , mata dok melilau cari perempuan pakai terdedah.Pandang suka-suka tak pe, ni pandang , nak usik- usik.Kalau aku mak budak tu yang ko tanya, aku tak tahulah ko dah sampai mana aku tendang.




Gambar sekadar hiasan, menunjukkan perempuan yang seksi.




Rumah lelaki berjanggut, di flat berwarna merah tu.




Aku duduk dihadapan gerai ni.





Senyum tapir : tak sabar nak tengok 2 alam , bukan kat panggung wayang, tapi beli dvd cetak rompak.Dr.Rozmey, jangan marah ye, tak mampu nak beli tiket wayang.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina