Monday, November 15, 2010

Kasi asap dapur

Jangan salah paham plak, asap dapur tu, bukan jumpa bomoh ye.Kalau boleh, tok bomoh , kasi jauh sikit, cucu tumpang lalu. Asap dapur tu , masak kat dapur. Dah seminggu rasanya, dapur aku ni tak berasap.Biasalah, kalau angin malas menjelma.Memang hari minggu hari tu, dari malam aku dah bermimpi nak masak ayam. Rasanya dalam bulan october, belum beli ayam lagi.Kalau tak silap akulah. Lagi satu tak sabar nak ambil handphone aku yang rosak, bawak pergi repair hari tu. Tangkap gambar pakai handphone tu, sharp sikit. Korang layan jelah , gambar yang macam mendung , tapi tak jadi hujan ni.



Apasal ko duduk cam anak dara pulak?Biasalah, simontel excited tunggu lauk masak.



Dah lama tak masak ayam lomak cili api. Kalau nak resepi, selongkarlah kat sini.




Ayam masak lomak cili api .




Malas nak goreng sayur, aku buat jelatah.Nenas ngan timun , cili merah ngan bawang besar.Semua hiris -hiris.Gaul ngan udang kering tumbuk, cuka , garam ngan gula.



Dah lama betul, tak makan ikan gelama masin ni. Aku beli sebungkus RM2. Rasanya semalam, ikan masin ni jadi benda menarik. Bayangkan, tak sampai sejam, habis. Inilah dinamakan, barang jarang jumpa.Mesti benda tu, jadi tumpuan.



Kalau ada sambal belacan, mesti anak perempuan aku nak datang. Kesian pulak, kat rumah , dia buat sambal belacan , terbubuh garam. Aku dah kasi nasihat, balang gula ngan garam, asingkan. Kalau botolnya kaler lain, tak pelah, botolnya kaler sama, mana tak salah ambik.


Senyum tapir : Nasib baik aku tak trauma, lepas kejadian yang menimpa dewi. Kalau tidak sebulanlah aku cuti kerja, tak de orang nak bawak aku ke tempat kerja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina