Wednesday, November 10, 2010

Ole ole dari Uganda

Aku tahu cik pah , Ati, Cikgu Zul, dan beberapa blogger yang lain-lain, mesti berdebar-debar menunggu aku pulang. Buat pengetahuan, adik-adik yang tersayang, akak masih bernyawa lagi. Maafkan akak, jika blog ni sepi satu hari. Jangan marah, akak ada lawatan sambil belajar ke Uganda. Baru je balik semalam.Penat pun belum hilang. Lagi satu aku nak beritahu, mulai sekarang, korang akan nampak gambar yang tak berapa cantik, sebab handphone yang selalu aku guna tu, dah tercampak dari kapal terbang, semasa nak mendarat ke air port . Harap maaf, kalau gambar tak menepati citarasa .

Cuma aku nak tunjuk sikit ole-ole dari Uganda. Aku belikan Firdaus, sebijik handphone Back berry model 6210. Harganya , kalau kat sini mahal, kat sana murah je. Bunyi pun kuat dari biasa. Kalau orang ada sakit jantung, tak digalakkan memakainya. Ringging tone , ada bunyi anjing menyalak.Lagi satu yang bestnya, handphone ni boleh pakai bateri AA, pakai buang je.




Tengoklah tu , tak habis-habis nak mengirim sms kat kawan baru dia, dari Uganda , namanya Nokoi. Nokoi umur 5 tahun , sebaya simontel.Kat Uganda, budak besar ni dah pakai handphone, kehulu, kehilir.



Budak perempuan, jangan nak duduk cara cam ni.Duduk sopan sikit.




Tak ingat makan, 24 jam bersama back berry. Lepas tu asyik beritahu aku, akak dia sms.



Besarkan Backberry dia. Tapi, aku tak suka kaler tu, dah tak de kaler lain, terpaksalah beli.




Kalau sesiapa nak tahu harga dia , biarlah rahsia.


Senyum Tapir : Adakah korang percaya? gurauan adalah terapi minda yang terbaik, pada pendapat aku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina