Thursday, November 25, 2010

Pukau- Panahan Mata Nenek Bertha

Siapa yang pernah tengok drama bawang putih ngan bawang merah, mesti kenal ngan nenek Bertha. Kalau kena panahan mata dia je, korang boleh terkulai layu, dan terus menurut perintah.
Kalau ngan penjual jalanan atau penjual yang datang ke rumah, aku amalkan prinsip, tak pandang mata dia, dan terus katakan tak nak. Kadang aku konpius ngan istilah pukau tu. Bagi aku pukau, cam kita terpukau ngan kata-kata orang. Aku pun kurang pasti, erti pukau yang sebenar.




Simontel , nenek bertha versi moden. Bulan 9 kena pukau, lepas 2 bulan kena pukau lagi.




Tengok tu, dia memukau ngan panahan mata nenek bertha, tanpa berlengah aku terus menghulur duit pada tauke cina tu. Mula-mula dia nak beli helikopter, kemudian cancel, nak beli gerabak keretapi , Thomas & friends. Danial pun suka Thomas and friends.Tanpa membantah dan fikir 10 kali, cam lalok je, masa bukak beg tu.Masa dalam perjalanan pulang, dia boleh tanya cam ni

Simontel : Mak!mak !, rasa ayah marah tak firdaus beli ni?
Aku(dah tersedar dari kena pukau : siaplah ko, ko jawab sendiri ngan ayah .
Simontel : Ayah cakap, kalau Firdaus tak nakal, boleh beli mainan
Aku : Kalau rosak, siap kau.




Tak kuasa aku nak layan, ayah dia tolong sambungkan.Permainan dah menimbun, rasa aku nak loyongkan je.




Perut montel terus kenyang sampai malam.




Tak jadi beli putu mayam, sebab ramai sangat yang beratur.Mesti sedapkan, kat situ.






Simontel dah tak pandang satay yang berkuah manis sangat ni, dah dapat gerabak keretapi.



Senyum tapir : Aku rasa, mak bapak kat luar sana, mesti ramai yang kena pukau ngan anak dorang bawah 7 tahun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina