Monday, November 1, 2010

Sok Sek bersama Bedah Montok-Blogger diet 24 jam



Jangan gosip bedah pogang anjing, ngan pakai skirt pendek.Bedah sedar, lepas kahwin , bedah tutup semua.

Cerita ni, kawan bedah, blogger kak ina mail yang sampaikan.Kak ina mail ni blooger yang tak famous lagi. Unique visitor adalah 1,000 sehari.opps dah terpecah rahsia pulak. Sorry ye kak ina mail. Blog kak ina , blog ayam , itik, kerbau dan segala binatang ada. Kak ina mail tak pilih bulu, semua blog dia kunjungi. Blog kak ina mail, selalunya banyak cerita tentang resepi dan juadah harian. Dah orang kata, peberet dia memasak.

Kak ina mail cakap dia tak pernah paksa orang masuk blog dia, dan tak pernah paksa orang klik iklan nuffnang dia.Kalau orang nak klik, dorang punya pasallah.Dia ucapkan terima kasih je.Kak ina mail mengadu dia tak tahan dengan satu blog tu, tak boleh cakap kat sini, banyak jugak orang kenal dia ni. Setahu Bedah, kak ina mail tak berkenan ngan blog dia, memedang cerita pasal diet, diet, diet. Bukan kak ina mail jeles ngan badan dia alah -alah christina aguilera tu, tapi meluat nak layan kerenah blogger tahap cam diva, muka cam pecah rumah.opppsssss terlepas pulak, sorry ye kak ina mail, Bedah terlebih pulak.Mana taknya first time kak ina mail tunjuk muka dia, Bedah nak pening lalat jap.

Kak ina mail mengadu, apa yang dia bengangkan sangat dengan diva diet ni, masuk blog kak ina mail, tinggalkan pesanan kat chat box cam ni dia tulis :


*&*7*&87 : saya dah klik iklan awak, datang blog saya, klik balik ye.

Tak beri salam, tiba-tiba datang suruh klik iklan. Lagi satu yang kak ina mail tak boleh belah, pernahlah satu hari, dia komen, masa tu kak ina mail masak nasi lemak.Sepatutnya blog berdiet cam dia tu tak sesuai nak komen blog masak-memasak ni dan gemuk gedempal cam kak ina mail. Kalau nak komen tak suka pun, jangan menunjukkan sangat. Dahlah kau diet tak makan nasi lemak, tapi still nak komen. Sapa suruh.Berapi-api kak ina mail mengadu, SiChristina tu komen "Nasi lemak tak pandai makan, selalu makan roti je pagi-pagi".Nak muntah hijau kak ina mail dengar.

Bedah pernah sekali masuk blog diva tu, dahlah pening ngan tulisan dia, lagi pening ngan tangkap gambar diri sendiri yang dah kurus tu. Bedah peliklah, orang dah kurus tahap cipan cam tu , lagi boleh buat-buat cakap dia gemuk. Setahu Bedah yang belajar psikologi manusia ni, orang cam tu suka minta kena puji. Nanti 24 jam dia cakap dia gemuk. Sedangkan bedah tengok tiang letrik lagi gemuk dari dia . Motip, dia cakap dia gemuk tak tahu.

Kak ina mail kata, bila dia pergi blog kawan-kawan dia yang lain, muka sidiva tempoyak tu ada je menempel. Sidiva tempoyak ni kalau tangkap gambar, mesti menyenget kekanan. Katanya nak tiru cam mariah carey. Gambar dari sisi kanan , l buat dia nampak cantik tahap diva. Kak ina mail, minta bedah tulis sangat cerita pasal blogger ni, sebab dah tak tahan layan kerenah dia.Harap lepas bedah tulis ni, blogger diva tahap cipan tu perasan dan terus jangan kunjungi lagi blog kak ina mail yang gemuk gedempul.




Senyum tapir : mesti diva tu tak makan sambal belacan .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina