Thursday, November 25, 2010

Special kat sini

Jawapan semalam, entry disini ialah baju Jejaka ngan simontel , baju yang sama.kwang kwang




1)Gerai ni terletak ngan rumah arwah emak, dia berniaga dari anak perempuan sulung aku berumur 3 tahun, yang sekarang ni umur dia dah 20 tahun.

2) Makanan dijual ngan harga yang paling murah dibandingkan ngan tempat lain.

3) Budak perempuan yang berkaca mata tu, sebaya ngan anak perempuan aku yang sulung.

4)Gerai yang pertama kali aku nampak, dipasang ngan kipas bumbung.



Budak perempuan ni dah bertunang, tak lama lagi akan melangsungkan perkahwinan.




Juadah yang berbagai-bagai ni dijual, diwaktu pagi.Semua ada .




Ayam gorengnya special , ranggup dan terasa rempah jintan manis. RM2.50 seketul.




Kambing yang nak kena sembelih sedang membeli juadah.



Paling special sekali ialah pada tahun 1995, sewaktu anak perempuan sulung aku berumur 6 tahun.Masa tu dia bersekolah Tabika Kemas. Bulan 11 , Tabika kemas mengadakan jamuan raya. Jadi, semua murid-murid dikehendaki memakai baju raya.Anak perempuan aku, suruh mencari baju kebarung yang paling dia suka, ditempah pada masa raya. Puas aku cari, semua almari aku selongkar.Tapi tak jumpa. Masa tu dia merengek-rengek, aku cakap pakai baju kurung yang lainlah.

Dia akur, dengan cakap aku. Semasa aku ambil dia pulang dari tabika, dari jauh aku nampak dia menangis.Aku tanya, kenapa?. Dia kata, kawan dia dah pakai baju kebarung yang aku cari tak de tu. Sambil dia menuding jari ke arah seorang budak . Budak tu adalah, budak perempuan yang berkaca mata di atas.Memang sah dia yang pakai.Aku pun pelik, kenapa pulak baju tu sampai ketangan dia. Aku tak tanya pun pada budak tu.Aku anggap dah tak de rezeki.


Selang beberapa hari aku pergi ke kedai mamak, berhampiran ngan rumah aku. Dalam kedai mamak, aku terserempak lagi ngan seorang perempuan memakai baju kurung aku yang dah hilang dalam simpanan. Aku pun tanya cam ni :

Aku : Mana beli baju ni?
Perempuan : Ada budak penagih jual, murah-murah.Kenapa?
Aku : Tak de apa-apa, cantik.Sambil senyum dan berlalu.



Senyum tapir : Masaalah sosial yang biasa kita dengar, rasanya tak patut kita membeli barang yang penagih dadah jual, mungkin kita mengalakkan lagi, ramai orang yang menagih.Itu pendapat aku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina