Tuesday, November 16, 2010

Super power

Hari sabtu Dewi , mengalami kejadian dia langgar kontena. Manggai betul, dia boleh langgar kontena.Jarang ada kejadian super power cam tu. Bukan dia yang kena langgar, tapi kereta Myvi kepunyaan dia. Soalan yang tak boleh belah dari Dewi , yang terpaksa aku jawab.

Dewi : Kak, kenapa kontena tu tak nak berhenti bila saya langgar dia?
Aku : Masaalahnya ko langgar dia ke, dia langgar ko, badan kontena tu tak de apa-apa.
Dewi : Dia sedar tak saya langgar dia
Aku : Dia sedar, bila ko langgar dia, ko mati.Mungkin baru dia berhenti.Itu pun tengoklah, kalau dia baik hati nak tolong masa ko tengah nazak.





Cepat kejar lori tu, jangan gentar ngan proton Iswara semuanya boleh.



Kalau nak mengelakkan kejadian langgar lari, muka kena senyum je semasa membawa kereta.Hari sabtu tu , aku tak de, muka Dewi mesti masam, itu yang dia sondol kontena.



Lagi satu masa bawa kereta, baju kena sedondon ngan pokok kelapa, baru dapat elak kontena.Hijau itu indah dan permai, betul tak?




Tanpa air cond, udara segar meniup sepoi-sepi bahasa.




Angkat tangan ngan polis port penting mengelakkan perkara-perkara tak baik berlaku, lelebih lagi, bagi orang yang ada habit tak suka pakai tali pinggang keledar.







Proton iswara yang hebat berkuasa kuda.

Mari hayati sejarah Proton Saga

Proton Saga telah dilancarkan pada September 1985 oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Sebelum model Saga dilancarkan, sebuah pertandingan memilih nama kereta kebangsaan negara yang pertama telah pun diadakan, dan nama model diambil daripada nama yang dipilih oleh pemenang pertandingan tersebut. Pemenang pertandingan tersebut iaitu Ismail Jaafar[1], seorang tentera bersara memilih nama "Saga" kerana biji saga amat mudah didapati di Malaysia.

Tun Dr. Mahathir juga menggunakan kereta Proton Saga semasa upacara perasmian Jambatan Pulau Pinang pada 14 September 1985. Model terawal Proton Saga ditenagai enjin SOHC 8 injap 4 silinder yang dibekalkan oleh Mitsubishi dengan pilihan model 1.5L dan 1.3L. Varian transmisi automatik hanya boleh didapati pada model 1.5L sahaja. Versi hatchback pula dikeluarkan pada tahun 1987, dikenali dengan nama Proton Knight pada mulanya dan kemudian dikenali sebagai Proton Saga Aeroback.

Proton Saga mula dieksport di United Kingdom pada tahun 1989 dan sejak daripada itulah United Kingdom menjadi penyumbang utama pasaran eksport Proton. Pada tahun 1990 pula, enjin sedia ada dinaiktaraf kepada enjin 12 injap yang menghasilkan kuasa kuda kepada 75 bhp bagi model 1.3L dan 90 bhp pada enjin 1.5L. Selain itu, ciri keselamatan tambahan seperti tali pinggang belakang serta lampu brek ketiga turut dipasang.

Proton Iswara

Pada tahun 1992, model facelift Proton Saga telah dilancarkan dan dinamakan sebagai Proton Saga Iswara, atau Proton Iswara yang dinamakan sempena spesis rama-rama di Sarawak. Model tersebut sangat popular di kalangan pemandu teksi dan ada di antaranya yang diubahsuai sebagai kenderaan gas asli. Di UK, model Iswara pula menggunakan sistem suntikan bahan api dan penukar bermangkin serta dinamakan sebagai Proton MPi.

Penamaan semula

Pada tahun 2001, Proton mengubahsuai sedikit bahagian luaran Iswara untuk menampakkan imej sporty dan model tersebut hanya boleh didapati dalam warna perak sahaja. Pada tahun 2003 pula, Proton sekali lagi mengubahsuai bahagian luaran Iswara dan bahagian dalamannya diberikan reka bentuk baru berinspirasikan model kereta Lotus Elise dengan panel digital yang memuatkan tolok suhu, tolok bahan api serta odometer. Enjinnya juga ditala untuk menaikkan kuasa kudanya kepada 83 bhp. Model tersebut yang hanya didapati dalam pilihan enjin 1.3L dinamakan semula sebagai Proton Saga LMST.

Terima kasih kepada Wikipedia



Senyum Tapir : Walaupun banyak pro dan kontra, tapi rakyat Malaysia tak boleh menafikan, pengorbanan dan jasa Tun Dr.Mahathir Bin Mohamad kepada Negara Malaysia terlalu besar.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina