Wednesday, November 3, 2010

Terima kasih Ella

Terima kasih Ella, tak sangka plak dia nak order cheese tart ni. Gigih malam tadi aku menyiapkannya. Kebetulan pulak, dia singgah rumah mak dia yang dekat ngan kondo biru tu. Dia singgah rumah aku sekali, malam tadi.Ingatkan dia nak apa?Rupanya nak cheese tart.

Kesemuanya, dia suruh isi dalam bekas plastik. Baik hati betul, nak derma kat mangsa letupan gunung merapi kat Indonesia. Dalam hati (kurang ajar ye, gunung merapi dah meletup, lagi boleh senang hati nak makan cheese tart aku). dasar dasar dasar dasar mefemangfang takfak kefenangfang bufudifi befetulful.




Cantik tak hiasan dalaman ni?



Yang ini?




Ella suruh pakaikan cover, kat sana kan tengah berhabuk.


Nak layan cheese tart punya pasal, aku masak kuah pindang je.



Senang je, halia, kunyit hidup, bawang besar, bawang putih ikut suka berapa banyak, semuanya dimayang.






Masukkan dalam periuk, air asam jawa ngan bahan yang dah dimayang tadi.Biar kuah mendidih, lepas tu masukkan ikan cencaru.Bubuh garam ngan secubit perasa.





Last sekali masukkan kacang bendi.






Ikan goreng tak de. Aku masak sambal ikan bilis yang paling malas. Blend kering, 5 biji cili masak ngan 5 biji cili api. 6 biji bawang merah kecil dihiris. ikan bilis dibasuh bersih.




Tumis bawang merah hiris sampai naik bau.Lepas tu tumis cili blend tadi sampai pecah minyak.Masukkan air asam jawa, gula, ngan secubit perasa.



Masak cili tu sampai kering cam ni.




Senyum tapir : Teringat masa sekolah dulu, berdiri tegak semasa lagu kebangsaan dimainkan, sambil pengawas menaikkan bendera Malaysia perlahan-lahan

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina