Monday, November 1, 2010

Terlampau Busy

Hujung minggu lepas, memang aktiviti padat.Sampai nak pergi kerumah anak pun tak dapat. Bila tak dapat pergi rumah anak , tak dapatlah aku menjengah blog teman tersayang seperti Dee , Eye Nee, Angelina Jolie , makdara dan ramai lagilah. Kalau kat tempat kerja, URL dorang kena blocked. Maafkan aku teman-teman, kerana tak berkesempatan pergi bersiar-siar blog korang hujung minggu. Korang doakanlah, check nuffnang aku yang RM10 ribu tu sampai hujung bulan ni. Bolehlah aku membeli laptop yang terkini dipasaran.


Hujung minggu lepas aku sibuk menyiapkan tart nenas sempena tahun baru Deepavali.Bukan aku yang sambut tahun baru Deepavali, ini tempahan dari Samy Vellu. Dah lama dia booking, dari tahun baru Deepavali 2009. Baru dia dapat merasa tart nenas aku ni.








Puaslah hati Samy Vellu dapat makan tart nenas ni.




Hari sabtu masak ikan cencaru sambal, nama pun sibuk.Lupa nak sebut , bukan tart nenas je, cheese tart pulak diorder oleh karam singh.




Goreng Taugeh campur sawi.




Ikan kembung kicap.


Goreng sayur terung resepi mak mertua



Bawang putih cincang ngan ikan bilis



terung panjang belah dua ngan potong nipis.



Tumis bawang putih ngan ikan bilis sampai naik bau. Masukkan terung tadi.goreng sampai sederhana layu.Masukkan sos tiram.Bila nak angkat, letak air sedikit.





Orang cina suka goreng terung cam ni, sebab boleh mengekalkan kemanisan terung.



Senyum tapir : Blogger diva tempoyak tu, mesti tak makan semua ni, kolestrol banyak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina