Thursday, November 18, 2010

Walaupun pahit, manis bila dikenang

Budak-budak sekarang yang berumur 5 tahun, tak macam aku dulu, umur 5 tahun, tak tahu IT langsung. Guna handphone pun tak tahu, nampak handphone pun tak pernah. Masa zaman aku tu, handphone digunakan oleh orang berada je. Seingat aku, first time aku mengunakan telefon masa umur 13 tahun, masa tu duduk hostel, guna public phone nak hubungi arwah mak. Kat rumah tak de telefon,arwah mak guna telefon kat kedai makan, tempat dia kerja.

Lagi satu kenangan yang aku tak boleh lupa sampai sekarang, guna sterika arang jenis lama nak mengosok baju sekolah. Bakar arang, jaga api, test dulu guna daun pisang , fuhh!!! kesannya menakjubkan, kalah sterika letrik. Budak-budak sekarang dah beruntung, taklah sangat merasa keperitan hidup.kenangan, kenangan, kenangan, walaupun pahit, tapi manis nak dikenang. kenapa ye?Aku sering tertanya-tanya.



kes geram, membabitkan simontel, yang tak kasi can aku guna laptop, anak perempuan aku punya. Aku tak tahulah , besar ni dah gila main games. Aku kasi can, tunggu tahun depan, dia sekolah , no more games.boleh jalan.Berebut-rebut nak guna, masa anak aku datang ni lah dia sibuk nak main games.Aku ada agenda tersendiri , nak update blog. Nak lepaskan kegeraman pada simontel, baik aku pergi gapai kuali ngan periuk, lagi bagus.



Inilah kesan dari mengapai periuk ngan kuali tadi. Sup sayur yang aku masak di pagi Aidiladha.Best betul sup sayur ni. Sila jangan sepak aku, pencakapan memuji diri sendiri. caranya pun mudah.Cepat pergi ambil kertas dan pen.

1)suku kobis cina dihiris
2)1 biji tomato dihiris nipis
3)1 packet fishball dibelah dua
4)cendawan tiram dikoyak 3 atau 4 helaian

Bahan tumis

6 ulas bawang putih ngan sedikit halia dicincang.
isi ayam dihiris-hiris




Tumis bawang putih ngan halia sampai betul-betl naik bau.Lepas tu masukkan isi ayam bersama fishball. Kemudian, bolehlah masukkan tomato hiris ngan kubis cina tadi,sambil tu boleh bubuhkan air sebagai kuah.Air janganlah terlalu banyak.





Last sekali, bila sup dah mendidih, masukkan cendawan tadi.Bubuh garam sebagai penambah rasa.





Kari ayam tapi versi tak de kuah. Jangan terpedaya ngan periuk yang besar, dalamnya sikit je.





Macam yang sedia maklum, sambal belacan kegemaran anak perempuan aku.Tanpa sambal belacan, hidup dia tak beerti kot.khe khe





Senyum Tapir : Jangan ada yang salah paham, tak semua kenangan pahit, manis nak dikenang.Ada tu, makin dikenang , makin menjadi nanah.


PESANAN PENAJA BERDUA, DIBAWAH NI : JANGAN BIARKAN KENANGAN PAHIT , MENGELAPKAN MASA DEPAN






















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina