Wednesday, December 22, 2010

Blind date



SiAnoy ngan Saadah dan model dua orang dibawah, forever makan bersama




Peti ais besar, yang aku maksudkan, belakang mereka berdua. Sila abaikan, model HP 1 ngan model HP 2 dengan agenda yang tak diketahui.

Okey, cerita pasal boss aku, dia doktor, memang pembersih, dia berpenyakit fobia dengan peti ais comot-comot. Bila nampak comot, selalu je, suruh aku bersihkan. Masa kejadian hari jumaat lepas, aku makan bihun goreng kosong je, cuba selongkar dalam peti ais, nampak pulak sambal ikan bilis tinggal sikit(sikitnya macam gambar arrow kat bawah), aku target sianoy punya, ingat nak buang je, memandangkan mak bapak aku ajar, tak baik membazir, aku masukkan ke dalam bihun goreng aku.

Bila masuk office semalam, selepas dilanda cerry berry, aku makan ngan teman seperjuangan di pantry, aku dikejutkan ngan satu berita , dari teman, yang sama hot ngan berita pecah panggung filem hantu kak limah balik rumah ngan Dua Alam(produser yang lain jgn hot, apasal tak boleh, aku kasi DR Rozmey punya hati, sedap sikit). Berita pencarian gadis genit ngan sambal ikan bilis yang tinggal seketik.

Aku tarik nafas panjang-panjang , tanda mengimbau kejadian hari jumaat , tarikh 17/12/2010, Sah, balance sambal ikan bilis tu, gadis genit yang empunya. Sumpah, kalau aku, memang malu nak cari, dah tumpang peti ais tanpa izin ngan baki sambal ikan bilis seketik tu, ada hati lagi, nak tanya kat mana sambal tu. Sumpah , tak pernah jumpa orang cam tu. Hari ni gak , aku boleh ganti sambal ikan bilis dia. Dalam peti ais kat rumah aku pun ada sambal ikan bilis yang lebih banyak dari tu.

The moral of the story, aku kena zalim mulai sekarang, mana ada bekas makanan, yang aku tak ketahui, siapa empunya, dengan kadar segera aku nak loyongkan ke dalam tong sampah Dah pekerjaan aku, sapu sampah kat sini.




Maaf dah tak de gambar lain, yang aku nak gambarkan betapa sedikitnya sambal tu. Terimalah seadanya ye.


Anggaran rambang baki sambal ikan bilis tu, yang ditunjuk anak panah. Sumpah tak tipu, kalau masuk mahkamah , aku ada saksi.


Senyum tapir : Hello beb, nak buat jahat, senang je dalam dunia ni, nak buat baik je susah. Kebanyakan Manusia dalam dunia ni, tak boleh tengok kita baik, kalau kita baik, cepat je nak duduk atas kepala.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina