Monday, December 20, 2010

Budak bermasalah



Simontel tengah leka bermain ngan pokok krismas tiruan

Semalam, petang, demi melunaskan permintaan simontel, yang dah berhari-hari menyebut nak makan ayam goreng KFC, aku terjah ke sana. Sampai je kat sana, turun hujan renyai. Dekat dalam pulak, Orang ramai, hujung minggu, biasalah . Ramai yang bawa ibubapa atau anak anak, makan kat luar. Sebut pasal ayam KFC ni, bukannya aku tak suka , sementelah umur dah meningkat, makanan berlemak dan bergoreng, jadi mual bila sampai ke anak tekak.

Dalam KFC, aku terserempak dengan jiran sebelah rumah. Kami bertanya khabar, sambil menunggu barisan. Berjiran, tak semestinya selalu berjumpa. Biasalah, bila waktu siang, masing-masing bekerja, malam pulak, dah penat. Hujung minggulah, baru dapat bertanya khabar.

Aku berbaris di belakang seorang lelaki, kelihatan dari aku datang tadi, mukanya kelat dan masam mencuka. Berpunca dari apa dan kenapa, bukan hal aku. Sicashier lelaki, alah-alah lelaki lembut tu, tak tanya apa-apa kat aku, senyum-senyum je, sedangkan lelaki kelat, dah habis oder. Sicashier menyuruh lelaki tu duduk dulu, sementara oder dia sampai, itu pun tak de respon. Bedebah punya lelaki(mewakili lelaki ni sahaja).




Lelaki muka kelat , berkemeja lengan pendek corak berjalur.


Kesabaran aku dah sampai klimaks, menu tu aku tenung, terus sebut ngan penuh berhemah, ayam goreng 9 ketul. Sicashier tergamam, "bukan akak datang ngan suami akak ke?, sambil menuding jari ngan penuh berhemah arah lelaki bermuka kelat. Lelaki bermuka kelat tu memang tak de perasaan. Muka tak de respon. Aku tegur ngan berhemah "adik ,lain kali tanya dulu, jangan serkap jarang, akak tak kenal lelaki tu". Tanpa alasan kukuh, dia serkap, lelaki tadi suami aku. Berdiri pun berjauhan , nak kata senyum, langsung tak, motip apa, dia boleh kategorikan kami pasangan suami isteri. Aku terus cop , budak lelaki tu, budak bermasalah.full stop.


Lelaki kelat tadi, ke cashier sebelah pulak. Pelik, tadi dia dah oder, sekarang oder lagi. Kali ni sicashier, tempat lelaki kelat tu berdiri, tanya soalan yang sama. "akak bukan datang sekali ke?, sambil menuding kat lelaki kelat tadi. Lelaki kelat cam biasa, muka maintain kelat ngan blur. Kali ni , suara berhemah aku dah sedikit pudar. Volume aku, tinggi sikit. "berapa kali nak cakap ni, akak tak kenal lelaki tu, laki akak , kat atas motor" sambil menuding jari kat luar. Kedua-dua cashier berpandang -pandangan dan tergelak. Dengan aku bolehlah korang gelak, cuba kalau dapat orang lain, dah kena sembur berapi. Bukan sembur berapi lagi, siap tulis nota cinta , masuk dalam kotak untuk pelanggan. Aku ni je, tak tergamak nak buat macam tu (ayat bukan petanda, aku pelanggan yang baik)




Aku gilakan egg tart ni.next time aku buat, bagi resepi kat semua.




Katanya, hot, tasty, pastilah jadi cam ni permukaannya.



Peberet simontel.



Ambil bau, sebelum makan.


Sangka aku perjalanan cerita ni, dah bernoktah.., rupanya masih bersisa. Ayam goreng yang dioder 9 ketul, hanya 8 ketul je, ada di dalam kotak. Aku ngan laki aku berpandangan,tersenyum sinis. Aku jadi orang yang bermasalah, kalau kecoh nak cari, seketul ayam goreng yang dah hilang. Biarlah budak lelaki tu bermasalah seorang.



Senyum tapir : Sesekali berlaku peristiwa cam tu, buat aku sedar, betapa dunia ni, berwarna warni sebenarnya.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina