Wednesday, December 8, 2010

Hari ini, bukan hari terakhir aku



Maaf tak sempat snap gambar penunggang motosikal sebenar,(jantung berdebar kencang)


Syukur pada Allah SWT, kerana aku masih bernyawa hingga sekarang. Memang aku ingat, pagi tadi, adalah pagi terakhir aku sebagai manusia. Pagi tadi lebih kurang pukul 7, sewaktu aku berjalan nak keflat tingkat 8(rumah mak mertua dewi) , aku datangi seorang lelaki penunggang motosikal. Muka penunggang motosikal tu, betul-betul macam muka pecah rumah. Bertshirt putih, berseluar hitam, dan berkulit gelap. Masa tu dibahu aku, tersandang beg besar bewarna hitam, dan ditangan aku memegang buntil yang berisi 25 biji pau sardin(dipesan oleh Anoy) .


Dalam hati ku ., "kenapa plak dia berhentikan motor, dah lah kiri kanan jalan yang aku lalui ni penuh semak samun dan pokok tebu". Aku berimiginasi sekejap, kalaulah dia tolak aku ke dalam semak ni, dan bunuh aku, sorang pun tak tahu.Matilah aku kali ni. Ajal aku nak sampai kot, sebab tu, pagi tadi laki aku nak hantar, aku pulak sibuk nak jalan kaki. Itukah petanda ajal aku nak sampai(sambil dalam hati beristhigfar banyak dan terus mengingati Allah SWT, masa tu gak) Mungkinkah ini balasan dosa-dosa terhadap ibubapa aku? Masa tu jugak kepala hotak aku ingat mati dan dosa-dosa lampau.

Apa perlu aku buat, kalau lelaki tu tolak aku. Mungkinkah, aku akan loyongkan buntil yang berisi pau sardin ni kemuka dia. Apa pulak aku nak cakap ngan sianoy, kalau pau sardin dia dah rosak.

Lelaki tu berhenti sambil bertanya dalam loghat Indon"kemana kak, ko nak pergi" Aku yang berkeadaan separuh sedar dari imiginasi tadi , boleh pulak cakap cam ni" ko ni!! buat terperanjat aku je, nak pergi sanalah, sambil menunjuk ke arah flat tingkat 8. Heran aku, dia boleh terus blah pulak, dia belok ke kanan , aku pulak ke kiri. Ya .Allah, nasib baik, apa yang aku imigainasi tadi tak berlaku.Syukur Pada Allah SWT yang masih memanjangkan nyawa aku hingga tengahari ni.




Ini dia 25 biji pau sardin tu.




Senyum tapir : Damm aku, bila tengah suspen cam ni, baru nak ingat Allah SWT. Aku pun terasa kebangsatan itu, lagi satu masa nak menerankan bayi masa nak melahirkan, masa tu ingat Allah SWT je. Kenapa manusia ingat Allah SWT, masa nak mati je ke?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina